Harian Metro

Hanya RM280 1kg

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

 Isu daging wagyu berharga RM2,000 tak benar sama sekali

“Daging wagyu yang digunakan dalam hidangan Perdana Menteri dan tujuh lagi tetamu khas di meja utama pada majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu hanya berharga RM280 sekilogram, bukan RM2,000 seperti yang diviralkan di laman sosial.

“Ia bukan ditempah pengurusan Parlimen sebaliknya pemberian ikhlas daripada pihak katerer bagi meraikan kerajaan baharu dan Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Pengurus Putrade Property Management Sdn Bhd, Wan Abdullah Wan Mohamad.

Menurut Wan Abdullah, sejak sekian lama menjadi katerer di Parlimen, ini kali pertama menu hidangan untuk meja utama menjadi isu hingga tular di laman sosial.

Kata Wan Abdullah, menu yang dihidangka­n untuk tetamu utama pada majlis Isnin lalu adalah nasi putih, dada ayam kuah percik, udang harimau goreng mentega, daging wagyu masak kicap kentang, rusuk kambing goreng berempah, tauhu Jepun kukus dengan brokoli, gado-gado, kuah kacang, buah-buahan dan jus.

Katanya, keseluruha­n caj makanan untuk lapan tetamu di meja utama hanya RM400 iaitu RM50 seorang dan hidangan istimewa daging wagyu masak kicap kentang itu adalah pemberian ikhlas pihak katerer untuk meraikan Dr Mahathir.

“Saiz hidangan juga bukan besar iaitu hanya 160 gram untuk seorang dan pemilihan menu sudah dibincangk­an dalam mesyuarat sebelum ia disediakan.

“Viral kononnya hidangan mewah berharga ribuan ringgit itu tidak betul, sepatutnya pihak terbabit mendapatka­n penjelasan daripada kami sendiri dan bukan membuat fitnah di laman sosial,” katanya ditemui, semalam.

Kontrovers­i hidangan daging wagyu masak kicap itu mula tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambar menu hidangan berkenaan di laman sosial.

Pemilik akaun, Duke of KL memuat naik status “Hutang negara RM1 trilion. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.”

“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

 ?? FOTO: ?? WAN Abdullah menunjukka­n invois harga makanan tengah hari pada majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen.
FOTO: WAN Abdullah menunjukka­n invois harga makanan tengah hari pada majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia