Harian Metro

‘Lelaki itu saudara saya’

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy mengaku lelaki berambut panjang yang hadir ke Majlis

Angkat Sumpah Ahli

Dewan Negara di Parlimen kelmarin, mempunyai hubungan persaudara­an dengannya.

Waytha Moorthy berkata, lelaki yang dikenali dengan nama Arunachala­nandaji itu adalah warga Singapura dan kini menetap di India serta disifatkan sebagai individu yang mengabdika­n sebahagian dirinya kepada alam.

“Dia adalah saudara saya yang saya anggap seperti abang. Saya terkejut dengan pelbagai andaian berhubung perkara ini dan kita tidak boleh berprasang­ka buruk dengan hanya melihat imej seseorang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah tidak akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merebut jawatan Presiden PKR pada pemilihan bulan depan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

“Ya (Azmin tidak akan bertanding) sekiranya Anwar bertanding jawatan Presiden PKR.

“Saya cukup pasti Mohamed Azmin akan menjadi orang di belakang Anwar yang sentiasa bersama beliau (Anwar) menerajui PKR,” katanya.

Mengulas bagaimana nama Mohamed Azmin muncul sebagai calon Presiden PKR, Muhammad Hilman berkata, itu perkara biasa dalam mana-mana pemilihan parti.

Ini kerana katanya, dalam PKR sendiri, beliau mengambil kira sebagai sebuah parti yang mengamalka­n demokrasi dan keterbukaa­n, apa-apa jawatan boleh dipertandi­ngkan.

“Cuma dalam hal ini, saya kira apa yang dizahirkan oleh Mohamed Azmin selama ini.

“Kesetiaan beliau kepada perjuangan PKR dan Anwar bagi saya tiada taranya serta sama sekali tidak boleh dipertikai­kan.

“Dalam hal ini, saya kira selepas pengumuman Anwar untuk bertanding jawatan Presiden PKR, saya

 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia