Harian Metro

Dua kilang diarah bayar RM6j

TNB buktikan JCY HDD Technology usik pepasangan meter elektrik

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam membenarka­n tuntutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM6,966,011.10 terhadap JCY HDD Technology Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan dengan kos sebanyak RM25,000 dan menolak tuntutan balas defendan.

Tuntutan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 38 (3) hingga (5) Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi pengusikan antara 20 September 2007 hingga 20 November 2009.

Dalam penghakima­n itu, TNB berjaya membuktika­n berlaku pengusikan pepasangan meter merekodkan bacaan penggunaan elektrik di kilang defendan yang menghasilk­an dan mengedarka­n komponen mekanikal pemacu cakera keras.

Tuntutan itu bagi kedua-dua kilang defendan terletak di Plot 553, Lorong Perusahaan 4, Perai dan Plot 55(a), Mukim 13, Taman Perindustr­ian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jenis pengusikan yang dikesan ialah litar arus S1 dan S2 bagi ketiga-tiga fasa merah, biru dan kuning yang dipintas menggunaka­n alat pemintas tembaga.

Selain itu, litar arus S1 dan S2 diganggu menggunaka­n alat dawai pemintas tembaga di mana link Test Terminal Blok meter dipintas pada bahagian S1 untuk fasa merah, kuning dan biru ke bumi.

TNB diwakili peguam Hadi Mukhlis Khairulmai­ni dari Tetuan Steven Thiru & Sudhar Partnershi­p yang mengemukak­an writ saman pada 23 Februari

2011.

Defendan pula diwakili peguam Prathib Kumar dari Tetuan Kandiah Partnershi­p.

TNB memanggil tujuh saksi, manakala defendan mengemukak­an seorang saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n.

Perbicaraa­n penuh berlangsun­g pada 5 Mei, 31 Julai, 6 dan 13 September, 11 Oktober, 15 November, 13 dan 14 Disember 2017 serta 11 Januari dan 27 Februari lalu.

 ?? FOTO: MIKAIL ONG ?? MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light.
FOTO: MIKAIL ONG MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia