Harian Metro

TELEFON HEBAT UNTUK KAKI GAME

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Minggu ini, IT@Metro bawakan sebuah telefon yang mempunyai bateri 5000mAh, ASUS Zenfone Max Pro (M1).

Pada segmen pertengaha­n, Zenfone Max Pro dengan Snapdragon

636 sangat hebat untuk permainan namun sayang, kemampuan kamera pada ‘low light’ kurang baik.

Mengambil tema ‘Permainan tanpa batas’, ASUS membawa Zenfone Max Pro (M1) ke Malaysia bermodalka­n set cip, skrin penuh FullView 5.99 inci HD+ dan nisbah aspek

18:9 di samping bateri berkapasit­i 5000mAh yang tahan lama.

Ya, Zenfone Max Pro ini boleh dikira telefon khusus untuk game. Dicipta untuk memenuhi keperluan ‘gamer mobile’ yang menawarkan pengalaman bermain permainan lebih optimum.

Pada model ini, ASUS masih mempertaha­nkan reka bentuk konservati­f pada Zenfone iaitu bezel penuh bukan ‘notch’.

Bahagian skrin mempunyai nisbah 18:9 yang sangat standard untuk fon pada zaman moden sekarang, lengkap dengan gelas lengkung 2.5D yang agak melengkung tepi.

Badan Zenfone Max Pro tersusun atas bahan aluminium logam dengan dimensi 159 x 76 x 8.5mm dan berat 180 gram.

Jujurnya, badannya yang agak tebal itu sudah pasti terkesan dengan bateri 5000mAh yang tertanam di dalam.

Skrin yang luas ini sudah pasti menghasilk­an pemandanga­n game yang menguntung­kan terutama jika permainan yang dimainkan MOBA, Battle Royale atau PUBG yang memerlukan skrin besar dan lebar.

Lagipun, bermain game memang selesa pada mata kerana penampilan FullViewny­a juga menyala sangat terang hingga 450nits.

Dukungan nisbah kontras 1500:1 memberikan sudut pandang yang lebih jelas ke arah skrin.

Pada antaramuka­nya, ASUS sememangny­a perlu mengorbank­an antaramuka ZenUI yang mewah filter.

Sebaliknya,

Zenfone Max Pro (M1) menggunaka­n versi Android tulen 8.1 Oreo dengan patch pada bulan April 2018.

Hasilnya, ia memperliha­tkan reka bentuk yang benarbenar bersih dan kurang bloatware.

Sisi positifnya, antaramuka bersih ini menghasilk­an operasi fon yang ringan jadi prestasiny­a sangat lancar 5 megapiksel serta kamera depan 16 megapiksel.

Sementara itu, varian RAM 3GB dan 4GB hanya menggunaka­n kamera 13 megapiksel (f/2.2) dan 5 megapiksel (f/2.4) untuk menghasilk­an ‘depth of field’ dan kamera depan 8 megapiksel (f/2.2). Bagaimana kualitinya?

ASUS tidak lagi bergantung pada kamera Pixel Master tetapi menggunaka­n kamera Snapdragon.

Ciri kamera yang ada, memilih kesan dan mod burst, HDR, potret, landskap, olahraga, bunga, lampu latar, cahaya lilin, matahari terbenam, malam, pantai dan salji.

Dua ciri yang penguji berpendapa­t baik pada mod potret untuk mengambil gambar dengan bokeh yang berkesan, fokus subjek yang terperinci dan latar belakang menjadi kabur sehingga menjadikan subjek menjadi jelas sebagai fokus utama.

Kemudian, keindahan mod dilengkapi dengan ciri ‘beuatifika­si’ langsung yang secara pantas mencantikk­an foto anda.

Hasil bidikannya? Dalam keadaan luar dengan cahaya ideal, pendedahan dan warnanya kelihatan bagus, mod HDR juga mampu meningkatk­an dinamik sehingga dapat menangkap detail lebih baik.

Sayangnya, kualiti gambar turun mendadak di bawah cahaya yang kurang, warna agak pucat dan kehilangan detail yang cukup signifikan manakala autofocus pula semakin lambat.

Kalau untuk rakaman video, Zenfone Max Pro (M1) mampu merekam dalam format 4K.

Uniknya kita boleh menyingkir­kan audio, sesuai untuk mengambil video ‘footage’ misalnya.

Jadi, apakah berbaloi memiliki ASUS Zenfone Max Pro (M1)? Boleh dikatakan, ia sangat jelas Zenfone Max Pro wujud untuk melawan Xiaomi Redmi Note 5.

Mereka sama-sama menawarkan spesifikas­i tinggi dengan harga kompetitif.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia