Harian Metro

Signify kini IoT

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Ubah sistem perbandara­n

Signify bukan lagi sekadar pengeluar lampu sematamata malah syarikat yang dulu dikenali Philipe Lighting itu kini mahu operasi perniagaan­nya meluas demi pelanggan.

Ketua Pasaran Signify ASEAN Alok Ghose, berkata sumbangan Internet untuk segalanya (IoT) membantu memperluas fungsi lampu.

“Misalnya pemasangan lampu sekarang boleh ditentukan berdasarka­n penggunaan.

“Kami juga menyediaka­n lampu jalan yang dipantau sistem

IoT yang jika pentadbir mahu memalapkan atau menerangka­n kawasan tertentu berdasarka­n aktifnya kawasan terbabit,” katanya.

Sekali gus, Ghose berkata ia menjimatka­n tenaga elektrik terutama kepada majlis perbandara­n.

Beliau turut mengemas kini, Signify terus bekerjasam­a dengan pemaju bagi kediaman pintar.

“Terdapat kerjasama seperti kediaman premium di Rawang menawarkan kemudahan prapemasan­gan teknologi pencahayaa­n pintar kepada pembeli rumah.

“Penyelesai­an pencahayaa­n tanpa wayar peribadi yang membolehka­n pengguna mengawal lampu dari mana-mana menggunaka­n peranti pintar.

Ghose berkata, sistem pencahayaa­n terbaru itu dikawal mengikut tetapan pemasa program melalui peranti mudah alih pemilik rumah.

Antara kemudahan teknologi yang dipasang ialah hab universal IoT, peranti pembantu peribadi pintar berasaskan suara yang boleh dikawal, alat kawalan jauh universal Wi-Fi, plag pintar Wi-Fi, kamera dalaman Wi-Fi, pengesan pintar pintu dan prasarana jalur lebar internet berkelajua­n tinggi siap tersedia.

“Pembantu peribadi berasaskan arahan suara mampu menjalanka­n tugasan seperti menghidupk­an perkakasan di rumah, memainkan muzik dan boleh menyediaka­n penghuni dengan arahan maklumat seperti berita atau cuaca.

“Pemilik juga sebelum pulang ke kediaman boleh mengarahka­n lampu dan pendingin hawa dihidupkan terlebih dulu malah dari segi keselamata­n, penghuni akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) jika ada berlaku kejadian pecah masuk di rumah mereka,” katanya. Maxis memperluas­kan penawaran penyelesai­an enterpris dengan penyelesai­an e-dagang

Maxis eCommerce terkini yang disasarkan kepada

PKS di Malaysia untuk membina, menguatkan dan mengoptimu­mkan kehadiran e-dagang mereka.

Perkembang­an agresif ke arah e-dagang diperkuatk­an pengambila­lihan syarikat pembanguna­n laman web terkemuka, Optima Innovation­s (Optima), awal bulan lalu.

Ketua Pembanguna­n Perniagaan di Maxis

Senthil Balan Danapalan, berkata Optima berjaya mengupayak­an beberapa jenama runcit Malaysia yang ikonik membina kehadiran e-dagang mereka termasuk.

“Dengan lebih banyak lagi penduduk Malaysia yang menggunaka­n Internet dan mudah alih, pembelian secara online melonjak malah, penyelidik­an menunjukka­n bahawa 59 peratus pelanggan membelibel­ah online sekurangku­rangnya sekali setiap bulan dan bahagian jualan dalam talian bagi semua jualan di Malaysia dijangka mencapai pertumbuha­n dua digit pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata, pengambila­lihan dan kesepaduan Optima dalam pasukan eCommerce Maxis tepat pada masanya, dan langkah yang berani.

 ??  ?? GHOSE bersama sistem lampu Signify.
GHOSE bersama sistem lampu Signify.
 ??  ??
 ??  ?? USAHAWAN di bawah Maxis terus dibantu.
USAHAWAN di bawah Maxis terus dibantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia