Harian Metro

Pakai kasut sesuai

-

Dianggarka­n 80 peratus individu di Malaysia mempunyai masalah kaki

anda dalam keadaan terkawal. Dapatkan bantuan dan nasihat doktor untuk memudahkan anda menguruska­n penyakit.

Perkara ini sangat penting kerana ramai pesakit diabetes yang kehilangan kaki kerana tidak menguruska­n penyakit mereka dengan baik.

2. Periksa kaki setiap hari Belek kaki anda setiap hari untuk memeriksa kehadiran luka, melecet, tanda merah dan bengkak yang tidak disedari. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki atau minta bantuan ahli keluarga jika anda juga mengalami masalah penglihata­n.

3. Basuh kaki setiap hari Cuci kaki anda dengan air suam, bukan air panas setiap hari. Lap kaki terutama di celah jari hingga benarbenar kering. Kaki yang lembap boleh menyebabka­n ia berbau dan menyediaka­n ruang sesuai untuk pembiakan bakteria.

4. Pastikan kulit kaki lembut dan licin

Sapukan losen pada atau minyak zaitun (boleh juga gunakan minyak bayi) pada bahagian atas dan bawah kaki, tetapi bukan di celah jari.

5. Buang kulit kasar Gunakan batu pumis untuk menanggalk­an kulit yang kasar, keras dan kematu. Caranya, rendamkan kaki dalam air suam selama 10 minit dan gosok batu pumis ini perlahan-lahan. Jangan gosok terlalu kuat untuk mengelakka­n luka. Selepas itu, cuci kaki dengan sabun dan bilas bersih. Lap hingga kering dan sapukan losen.

6. Potong kuku kaki setiap minggu

Potong kuku kaki setiap minggu atau sekerap mungkin apabila dirasakan perlu. Potong secara menegak dan gosok hujung kuku dengan papan emeri untuk meratakan bucu tajam.

7. Pakai kasut dan stoking Kalau boleh, elakkan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah. Bagi orang Melayu, saranan ini mungkin agak janggal tetapi ia penting untuk pesakit diabetes. Pilih kasut yang selesa dan boleh melindungi kaki anda sepenuhnya. Raba bahagian dalam kasut setiap kali sebelum memakainya bagi memastikan tiada objek di dalamnya.

8. Lindungi kaki daripada kepanasan dan kedinginan

Pakai kasut setiap kali anda mahu berjalan di luar rumah, terutama pada cuaca panas, walaupun anda hanya mahu mengambil barang di halaman. Pakai stoking pada sebelah malam khususnya bagi individu yang gemar tidur dalam bilik berhawa dingin.

9. Jaga aliran darah ke kaki

Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara antaranya:

a. Tinggikan kaki apabila duduk terutama jika anda perlu duduk dalam tempoh lama. Sebaiknya, bangun dan berjalan-jalan seketika selepas duduk lama.

b. Gerakkan jari kaki dan lentikkan kaki ke atas serta ke bawah selama lima minit, dua atau tiga kali sehari.

c. Elakkan duduk bersilang kaki untuk tempoh lama. d. Jangan merokok.

10. Jadi lebih aktif. Rancang aktiviti fizikal yang bersesuaia­n dengan keadaan kesihatan anda. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatka­n maklumat lanjut. Doktor akan gembira jika pesakitnya berusaha untuk menjaga kesihatan diri. Sesekali, jumpa doktor untuk memeriksa keadaan kaki anda.

 ??  ?? JANGAN ambil mudah berkenaan kesihatan
kaki.
JANGAN ambil mudah berkenaan kesihatan kaki.
 ??  ?? DR Lee memeriksa kaki pesakit.
DR Lee memeriksa kaki pesakit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia