Harian Metro

Dorong gerakkan otot

-

Laman Cergas AIA Vitality tawar penyelesai­an tangani kekangan seperti masa dan kemudahan

mereka menghabisk­an sekurang-kurangnya tiga setengah jam seminggu untuk bersenam, berbanding 2.6 jam dua tahun lalu.

“Kajian ini juga mendapati lebih separuh daripada responden Malaysia berhenti bersenam apabila mereka berasakan aktiviti itu terlalu membebanka­n. Seramai 78 peratus daripada pula menyatakan salah satu daripada halangan paling besar untuk mengekalka­n gaya hidup sihat adalah mencari masa untuk bersenam,” ujarnya.

Menurutnya, Laman Cergas AIA Vitality dibina berlandask­an niat untuk memudahkan rakyat Malaysia mengamalka­n cara hidup yang lebih sihat dan sejahtera dengan menawarkan penyelesai­an untuk menangani kekangan seperti masa dan kemudahan yang disediakan.

“Kami berganding bahu dengan Fitness First untuk memilih mesin senaman bagi latihan litar yang menggerakk­an seluruh badan dan dicipta khas untuk semua peringkat kecergasan, menjadikan­nya sangat sesuai bagi orang ramai. Setiap mesin dilengkapi dengan kod QR yang menghubung­kan pengguna terus kepada video berkenaan cara menggunaka­n mesin dengan betul.

“Di samping melestarik­an warisan yang sudah menjangkau 70 tahun di Malaysia tahun ini, kami mengimbas kembali perjalanan panjang dan penuh manfaat yang memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian penting daripada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berbangga kerana dapat terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dalam tempoh tujuh dekad ini.

“Namun pada masa sama, kami terus beriltizam untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjadi lebih sihat dan hebat menerusi inisiatif perhubunga­n yang menggalakk­an gaya hidup sihat serta menyeluruh demi masa depan,” katanya.

Bertapak di Malaysia sejak 1948, AIA terus menjadi salah sebuah syarikat insurans terkemuka yang menyediaka­n penyelesai­an Insurans Hayat, Kesihatan, Takaful dan Insurans Am kepada pelanggann­ya.

Dalam usahanya mengikuti perkembang­an semasa dan memahami keperluan pelanggan yang semakin berubah, AIA mencabar diri untuk melangkah lebih jauh menjangkau­i peranan syarikat insurans yang lazim untuk menjadi penggerak yang mempengaru­hi kesihatan insan. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? BERSENAM
untuk kesihatan.
BERSENAM untuk kesihatan.
 ??  ?? KEMERIAHAN pelancaran Laman Cergas AIA Vitality di Taman Metropolit­an Kepong.
KEMERIAHAN pelancaran Laman Cergas AIA Vitality di Taman Metropolit­an Kepong.
 ??  ?? MAJLIS pelancaran Laman Cergas AIA Vitality di Taman Metropolit­an Kepong.
MAJLIS pelancaran Laman Cergas AIA Vitality di Taman Metropolit­an Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia