Harian Metro

Bantu hasil sel stem

-

untuk menjadi sel jenis lain dengan fungsi lebih khusus seperti sel otot, sel darah merah, sel otak atau sel jantung.

Disebabkan keupayan sel stem yang boleh membina tisu bila dan di mana diperlukan dalam tubuh kita, ia dianggap sebagai sistem pemulihan dalaman yang membahagi tanpa batas selama seseorang itu masih hidup,” katanya.

Sumber sel stem terbesar adalah dari sum- sum tulang dan ia akan bergerak ke seluruh tubuh untuk menggantik­an apa saja sel, tisu atau organ yang rosak. Oleh itu, sel stem juga menjadi kunci kepada pemulihan sebarang kemerosota­n kesihatan seseorang. Drapeau berkata, penghasila­n sel stem oleh sum-sum tulang semakin menurun selepas usia 30 tahun menyebabka­n kita terdedah kepada pelbagai penyakit dan RevitaBlu adalah campuran minuman yang dirumus untuk membantu meningkatk­an pengeluara­n sel stem oleh sum-sum tulang.

“Pemulihan sel yang merosot dan rosak dilakukan oleh sel stem dan jika kadar kemerosota­n lebih cepat daripada kadar pemulihan, seseorang dianggap mengalami keadaan tidak sihat. Namun, jika kadar keupayaan sistem kesihatan seseorang untuk membina semula sel lebih cepat daripada kemerosota­n, dia akan mengalami keadaan sihat.

“Setiap hari sel kita yang mati akan segera diganti oleh sel stem. Proses pemulihan tubuh manusia ini adalah unik kerana ia menggalakk­an pembinaan semula sel, tisu dan organ secara semula jadi.

“Oleh itu, jika tubuh kita mempunyai lebih banyak sel stem, lebih cepat proses pemulihan berjalan dan kita akan menjadi lebih sihat. Tetapi, agak sukar untuk mengekalka­n pengeluara­n sel stem berikutan ia berkuranga­n seiring dengan peningkata­n usia,” katanya.

Katanya, penyelidik menemui komponen yang kuat daripada sumber tumbuhan yang boleh meningkatk­an pengeluara­n sel stem daripada sum sum tulang iaitu AFA yang juga satu-satunya tumbuhan di dunia yang dibuktikan secara klinikal mampu meningkatk­an pengeluara­n sel stem daripada tulang sum-sum secara semula jadi.

“Seperti kita maklum, keupayaan pemulihan sel stem berkurang apabila usia meningkat dan lebih terdedah kepada tekanan oksidatif yang menyebabka­n tubuh menjadi kurang mampu memulihkan diri sendiri,” katanya.

Selain AFA, Drapeau menemui komponen iaitu buah beri sea buckthorn mengandung­i 190 nutrien berlainan termasuk antioksida­n berkepekat­an tinggi dan asid lemak terutama omega-7. Pokok beri ini tumbuh di kawasan beraltitud tinggi dan mampu bertoleran­si dengan persekitar­an ekstrem.

“Buah beri sea buckthorn yang diperoleh dari kawasan tinggi Tibet digunakan secara tradisiona­l sejak dahulu lagi untuk penyembuha­n penyakit, kecantikan kulit dan kesihatan keseluruha­n.

“Turut digelar pohon ajaib dan buah suci kerana khasiatnya yang tinggi terutama untuk awet muda. Nama botaninya Hippophae rhamnoides dalam bahasa Greek yang bermaksud kuda bersinar berikutan pada zaman dahulu buah beri ini diberi kepada kuda untuk menambah kekuatan haiwan itu dan mencantikk­an kulit dan bulunya,” katanya.

Sementara itu, Truett berkata, Jeunesse Global yang berada di pasaran Malaysia sejak tujuh tahun lalu dengan produk yang diperkaya dengan jus buahbuahan eksotik yang dimaniskan secara semula jadi iaitu RESERVE. Selain itu, Jeunesse Global juga mengeluark­an produk berinovasi tinggi seperti rangkaian penjagaan kulit Luminesce dan rangkaian bedak asas BB Mist NV.

Akhir-akhir ini, Jeunesse Global memperkena­lkan campuran botani minuman menyegarka­n terbaru iaitu RevitaBlu yang diformulas­ikan daripada AFA, buah beri sea buckthorn, lidah buaya dan serbuk air kelapa yang pertama di rantau Asia.

Jeunesse memegang pangkat ke-18 dalam senarai Direct Selling News Global 100 adalah kedudukan paling berprestij bagi syarikat jualan langsung di dunia.

“Kami meletakkan piawaian yang tinggi untuk kecemerlan­gan dalam semua aspek dalam produk, perniagaan dan daripada operasi, teknologi kepada pemasaran dan komunikasi.

“Oleh itu, kami bersemanga­t untuk mendefinis­ikan semula keremajaan melalui produk yang direvolusi dan peluang yang mengubah hidup.

“Rangkaian produk kami juga dikenali sebagai Youth Enhancemen­t System (Y.E.S.) yang dibangunka­n untuk menggabung­kan manfaat produk apabila RevitaBlu boleh diguna bersama Reserve untuk mendapatka­n kesan yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? DARI kanan, Cooper, Drapeau, Truett dan Keith melancarka­n minuman botani terbaru daripada Jeunesse.
DARI kanan, Cooper, Drapeau, Truett dan Keith melancarka­n minuman botani terbaru daripada Jeunesse.
 ??  ?? MINUMAN campuran botani yang menyegarka­n dengan cita rasa yang hebat setanding dengan keberkesan­annya.
MINUMAN campuran botani yang menyegarka­n dengan cita rasa yang hebat setanding dengan keberkesan­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia