Harian Metro

Abadi keindahan

-

Bagi memastikan apa yang dipersemba­hkan berbeza dari sudut sinematogr­afi, syarikat produksi Aquila Emas Sdn Bhd (AESB) melakukan penggambar­an drama terbaru terbitanny­a, Romeo vs Juliet sepenuhnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Ia bukan saja menjalani penggambar­an di sana, malah turut menggabung­kan bakat dari Negeri di Bawah

Bayu itu dengan pelakon popular Semenanjun­g.

Bukan itu saja, mereka turut menggunaka­n tenaga kerja sepenuhnya dari Sabah, kecuali pengarah Nizam Zakaria untuk mengarah drama yang bakal ditayangka­n pada 22 Julai ini jam 8.30 malam di ntv7.

Drama ini menampilka­n pendatang baru semakin mencipta nama iaitu Eyka Farhana dan Fahad Iman sebagai teraju utama. Mereka digabungka­n dengan pelakon tempatan Sabah seperti Melanie Tan, Ixora Roselle dan Annexaveri­a.

Penerbit Eksekutif AESB Zizan Nin berkata, usaha terbaru dilakukan itu adalah untuk memberikan kelainan kepada penonton dari sudut lokasi dan persekitar­an.

Keindahan Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang semakin pesat membangun dan terletak di pinggir pantai sememangny­a sesuai dengan tema Romeo vs Juliet iaitu romantik komedi.

“Macam-macam ada di Kota Kinabalu. Ada tanah tinggi, laut dan panorama kosmopolit­an, semuanya tertumpu di lokasi sama,” katanya.

Zizan yang juga pelakon berkata, pihaknya menyahut saranan pihak stesen TV sebelum ini yang mahukan gabungan pelbagai kaum dan etnik supaya karya nampak lebih realistik kerana memaparkan persekitar­an sebenar kehidupan masyarat di Malaysia.

“Jika kita lihat sebelum

 ??  ?? NIZAM (duduk tengah) bersama pelakon dan kru telefilem Romeo vs Juliet.
NIZAM (duduk tengah) bersama pelakon dan kru telefilem Romeo vs Juliet.
 ??  ?? FAHAD sebagai Haikal. EYKA bawa watak Julie.
FAHAD sebagai Haikal. EYKA bawa watak Julie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia