Harian Metro

Catatan cetus

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

 Pemandu van dituduh sebar berita tidak benar sehingga berlaku rusuhan di MCKIP

Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap dua pertuduhan menyebarka­n berita palsu sehingga menyebabka­n rusuhan di Taman Perindustr­ian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pada 11 Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Shaiful Adhar Mohd Shukor, 30, dari Taman Ria II di sini, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mohd Shaiful Adhar dituduh memuat naik catatan melalui media sosial Facebook iaitu ‘Seorang pemandu lori Melayu dipercayai dipukul di hadapan Gate 1 MCKIP. Pemandu lori tersebut dipukul dengan besi. Mangsa dipercayai berasal dari FELDA Cheneh. Punca pukul beramai-ramai orang China pada pemandu tersebut masih belum dikenal pasti, dengar mangsa dalam kritikal. Orang ramai yang mengetahui maklumat ini boleh kongsi kepada kami, maklumat dirahsiaka­n. Jaga keselamata­n anda. Maklumat benar boleh dikongsika­n. Majoriti pekerja China yang bekerja di situ adalah banduan.’

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu jam 10.07 malam pada 10 Julai lalu dan maklumat palsu berkenaan disebar untuk menyakitka­n atau mengganggu orang lain.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memuat naik satu lagi catatan, iaitu ‘Berbalik pada cerita semalam, dapat info yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai bangsa dari negara China yang bekerja di MCKIP Gebeng, Kuantan telah mati ditetak oleh .... main-main lagi dengan geng-geng Melayu lagi-lagi drebar lori..tu makan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia