Harian Metro

2 pegawai bomba dituduh rasuah

-

dia.’

Tertuduh yang memakai baju-T warna hitam didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.51 malam pada 11 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3). jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan rasuah, Ogos tahun lalu.

Yusmi Arsyad, 46, dan Halid Hasan, 50, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Johari Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa meminta suapan berjumlah RM1,200 daripada seorang pemilik salun sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang

>>Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali

atas kesalahan pengubahsu­aian premis yang boleh mendatangk­an kebakaran.

Perbuatan itu dilakukan melalui panggilan telefon sekitar jam 8.17 malam pada 15 Ogos tahun lalu, yang mana ketika panggilan dibuat pemilik salun berada di premisnya di Pauh, Arau.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan iaitu wang tunai RM1,200 dari pemilik salun di Pauh,

Arau pada jam 12.15 tengah hari pada 16 Ogos tahun lalu, atas dorongan sama seperti pertuduhan yang pertama.

 ??  ?? MOHD Shaiful Adhar (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam.
MOHD Shaiful Adhar (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia