Harian Metro

Nafi menyebabka­n tong gas klorin bocor

-

Ayer Keroh: Seorang pekerja syarikat barangan lusuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menyebabka­n kebocoran tong gas klorin hingga membahayak­an nyawa penduduk Kampung Tambak Paya di sini, tahun lalu.

Tertuduh, Chai Boon Wua, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabka­n kebocoran sebuah tong gas klorin No ABCT 592 hingga membahayak­an nyawa penduduk kampung akibat terhidu gas beracun di Kampung Tambak Paya, Tiang Dua di sini, kira-kira jam 3.30 petang, 28 September 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria mencadangk­an jaminan sebanyak RM2,000 kepada tertuduh dan tidak dibantah peguam Foo Qiao Wei yang mewakili tertuduh.

Analia kemudian membenarka­n Chai diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 21 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media pada 29 September tahun lalu melaporkan seramai 35 penduduk Kampung Tambak Paya dimasukkan ke Hospital Melaka, di sini dan lima di Hospital Jasin selepas terhidu gas klorin beracun.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandung­i bahan kimia yang dibuang oleh pihak tidak bertanggun­gjawab berhampira­n penempatan penduduk.

 ??  ?? CHAI (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kebocoran tong gas klorin.
CHAI (tengah) keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kebocoran tong gas klorin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia