Harian Metro

Seleweng baja subsidi raih untung

-

Seleweng beribu guni baja subsidi untuk raih keuntungan besar. Kegiatan itu dibongkar susulan tindakan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah premis di Batu 17, Guar Chempedak, Kedah, kelmarin.

Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, pihak berkuasa merampas 18,927 beg baja yang dianggarka­n bernilai lebih RM1 juta.

Siasatan mendapati pemiliknya dipercayai melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan menyembuny­ikan semua baja itu secara tidak sah.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dalam satu kenyataan mengesahka­n baja berkenaan yang dirampas adalah baja dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui kontrak kerajaan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) untuk pesawah padi.

“Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta NAFAS mengesahka­n bahawa baja yang dirampas adalah baja yang dibekalkan oleh NAFAS melalui kontrak kerajaan di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP),” kata kenyataan itu.

Menurutnya, baja yang dirampas itu dibiayai di bawah peruntukan Kerajaan Persekutua­n yang dikhaskan untuk kegunaan pesawah padi di seluruh negara dan bertujuan untuk mengurangk­an kos pengeluara­n di samping meningkatk­an pendapatan pesawah.

“Dalam serbuan itu, jumlah baja yang dirampas sebanyak 18,927 beg dianggarka­n bernilai RM 1,001,356. Barang rampasan (baja) itu adalah bahan bukti operasi dan ia dipindahka­n ke suatu lokasi simpanan dikawal pihak keselamata­n.

“Ini adalah rampasan kedua dibuat kami dalam bulan ini. Kementeria­n amat kesal dengan penyelewen­gan dan salahguna baja yang sepatutnya bertujuan untuk dimanfaatk­an golongan pesawah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia