Harian Metro

Tukang cat mengaku tak bersalah cederakan jiran Siang hantar surat, malam mencuri

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam atas pertuduhan menyebabka­n kecederaan menggunaka­n belakang parang ke atas jirannya, empat hari lalu.

BB Sevanesen, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun, di bawah Blok 10, Desa Menteri, Jalan PJS2, jam 11.15 malam 15 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Nurulhuda Zakariya membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes.

Bekerja sebagai penghantar surat pada waktu siang dan menjadi ‘pencuri profesiona­l’ pada waktu malam.

Itu kegiatan sekumpulan empat lelaki yang dikesan aktif mencuri motosikal sebagai sumber pendapatan sampingan.

Keempat-empat suspek warga tempatan berusia antara 21 hingga 31 tahun itu bagaimanap­un ditangkap polis di Kampung Medan Batu Muda, Jalan Ipoh, pada 28 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek yang disoal siasat kemudian menunjukka­n 17 rangka motosikal pelbagai model yang dibuang di dalam sungai berhampira­n Stesen Komuter Batu 5, Jalan Ipoh.

Beliau berkata nilai rampasan semua motosikal membabitka­n model Yamaha, Honda EX5 dan Suzuki dianggarka­n berjumlah lebih RM60,000.

“Siasatan mendapati

 Empat lelaki dikesan aktif curi motosikal ditangkap, 17 rangka motor dibuang di sungai

kumpulan suspek itu aktif sejak 2016 dengan melakukan jenayah di daerah Sentul, Wangsa Maju, Brickfield­s, Cheras, Ampang dan Kuala Selangor.

“Motosikal yang dicuri itu akan dibawa ke bengkel milik salah seorang suspek untuk dileraikan.

“Komponen motosikal dicuri itu kemudian akan dijual, manakala rangkanya pula akan dibuang ke dalam sungai.

“Polis percaya suspek yang bekerja sebagai penghantar surat ini menjadikan kegiatan curi motosikal itu sebagai kerja sampingan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, semalam.

Selain itu, beliau berkata pihaknya mendapati suspek terbabit memiliki rekod kesalahan lampau membabitka­n kes dadah dan jenayah.

“Suspek masih direman dan akan diserahkan kepada polis Wangsa Maju. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

 ??  ?? MUNUSAMY (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n rangka motosikal pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
MUNUSAMY (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n rangka motosikal pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia