Harian Metro

Perlu tegas pelaksanaa­n SST

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu lebih tegas terhadap penguatkua­saan membabitka­n pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan diperkenal­kan semula pada 1 September depan selain memantau sistem percukaian itu secara berterusan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan itu perlu bagi menyekat sikap segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmat­an sesuka hati.

“Memang akan ada sedikit perubahan harga pada barang dan perkhidmat­an bergantung kepada senarai yang ditetapkan kerajaan nanti.

“Namun begitu, kita bimbang ada peniaga yang sengaja mengambil kesempatan dengan menaikkan harga pada kadar yang terlalu tinggi sekali gus membebanka­n pengguna,” katanya dihubungi Harian Metro, semalam. Beliau berkata, pengguna juga diingatkan untuk menyemak dan peka dengan barangan serta perkhidmat­an yang digunakan supaya tidak ‘terkena’ seperti pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini.

Katanya, pengguna perlu jelas dengan sistem percukaian yang bakal dilaksanak­an nanti bagi mengelak mereka ditipu apatah lagi SST membuka ruang kepada segelintir pihak mengenakan cukai tersembuny­i.

“Melalui sistem cukai GST, pengguna boleh semak resit belian atau nombor pendaftara­n syarikat bagi menyemak sama ada peniaga itu benar-benar dikenakan GST atau sebaliknya, berbeza dengan sistem cukai SST.

“Sekiranya sistem cukai SST ini sama seperti yang digunakan sebelum ini, kita berharap pengguna tidak terbeban dengan kenaikan harga barang sedangkan peniaga memperoleh keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, cukai jualan pada kadar lima peratus dan 10 peratus dikenakan terhadap produk dikilangka­n dan produk diimport yang tertentu dan bukan ke atas semua produk yang sudah diproses seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST.

Selain itu, cukai perkhidmat­an pada kadar enam peratus pula dikenakan ke atas perkhidmat­an yang tertentu sahaja dan bukan semua jenis perkhidmat­an, seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST.

 ??  ?? MOHD Yusof
MOHD Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia