Harian Metro

Kewangan suku kedua Maxis mengukuh

-

Kuala Lumpur: Maxis Bhd (Maxis) terus merekodkan keputusan kewangan yang kukuh pada suku kedua 2018 yang mana hasil perkhidmat­an meningkat 1.7 peratus kepada RM2.01 bilion daripada RM1.98 bilion suku sebelumnya.

Pencapaian itu dipacu oleh momentum pertumbuha­n yang kukuh dalam pascabayar seiring dengan usaha syarikat untuk menginovas­ikan produk bagi segmen keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Robert Nason berkata, komitmen dan cita-cita syarikat adalah menyediaka­n produk dan pengalaman yang berkualiti serta inovatif sudah menghasilk­an keputusan stabil bagi suku kedua 2018.

Beliau berkata, pihaknya gembira dengan pertumbuha­n kukuh dalam segmen pascabayar dan perkembang­an yang baik dalam pemulihan perniagaan prabayar.

“Kami akan terus fokus kepada kecekapan operasi dan melabur dalam mengekalka­n rangkaian yang terunggul.

“Secara keseluruha­n, kami yakin dengan apa yang bakal ditawarkan kepada pelanggan, seiring dengan usaha untuk mencipta pengalaman digital lebih berkualiti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Maxis mencatatka­n untung bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM478 juta disebabkan oleh perbelanja­an susut nilai yang lebih tinggi pada suku kedua berakhir 30 Jun 2018, berbanding RM572 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Selain itu, dalam suku berkenaan, penyedia pekhidmata­n komunikasi itu mencatatka­n perolehan sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia