Harian Metro

10% PASTI BERI IMPAK PADA HARGA

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

Harga kereta bagi kebanyakan model dijangka meningkat dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada kadar 10 peratus, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presidenny­a, Datuk Aishah Ahmad berkata, pengenalan semula SST sebanyak 10 peratus sudah pasti memberi impak kepada harga jika dibandingk­an dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang sebelum ini dikenakan pada kadar enam peratus.

Beliau berkata, ketika GST mula diperkenal­kan pada kadar enam peratus, harga kereta adalah rendah berbanding sebelumnya.

“Berdasarka­n simulasi yang dibuat ahli kami, akan terdapat kenaikan harga, tetapi berbeza mengikut model kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada harga kereta akan meningkat dengan pengenalan semula SST pada kadar 10 peratus di sini, semalam.

Aishah berkata, MAA masih menunggu butiran lanjut teknikal yang lebih jelas mengenai pelaksanaa­n semula SST sama ada ia sama seperti dilaksanak­an sebelum ini bagi menetapkan

 MAA tunggu butiran teknikal penetapan harga kereta selepas pengenalan semula SST

harga kereta.

Sementara itu, jumlah jualan kenderaan meningkat 50.1 peratus kepada 64,502 unit pada Jun 2018 berbanding 42,983 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, dipacu peningkata­n permintaan berikutan penguranga­n harga kereta dengan pelaksanaa­n kadar sifar GST.

Jumlah jualan yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh Januari hingga Jun 2018 dan ia adalah satu-satunya tempoh jumlah jualan kenderaan melebihi 60,000 unit.

Aishah berkata, promosi hari raya dan tawaran menarik oleh ahli MAA juga menyumbang kepada peningkata­n jualan kenderaan pada bulan lalu.

Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan 2018, jualan kenderaan baru meningkat 1.8 peratus kepada 289,714 unit berbanding 284,453 unit yang dicatatkan tempoh sama 2017.

Peningkata­n itu, katanya, disumbangk­an segmen kenderaan penumpang yang meningkat 2.1 peratus kepada 261,043 unit sementara segmen kenderaan komersial mencatatka­n penurunan 0.1 peratus kepada 28,671 unit.

 ??  ?? JUALAN kenderaan meningkat 50.1 peratus kepada 64,502 unit pada Jun 2018.
JUALAN kenderaan meningkat 50.1 peratus kepada 64,502 unit pada Jun 2018.
 ?? Aishah Ahmad ?? Berdasarka­n simulasi yang dibuat ahli kami, akan terdapat kenaikan harga, tetapi berbeza mengikut model kereta”
Aishah Ahmad Berdasarka­n simulasi yang dibuat ahli kami, akan terdapat kenaikan harga, tetapi berbeza mengikut model kereta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia