Harian Metro

Sumbang 80%

 TMCB sasar pertumbuha­n berganda pendapatan disalur segmen hospital

- Alzahrin Alias cnews@nstp.com.my

TMC Life Sciences Bhd (TMCB) menyasarka­n pertumbuha­n berganda pendapatan­nya disumbang segmen hospitalny­a untuk tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Roy Quek Hong Sheng berkata, segmen hospital yang menyumbang 80 peratus daripada pendapatan keseluruha­n kumpulan bakal ditambah apabila projek penambahan kapasiti Hospital Thomson Kota Damansara (HTKD) siap sepenuhnya pada 2020 selain penyiapan Thomson Iskandar Medical Hub (TIMH) di Vantage Bay Johor.

Quek berkata, ia dijangka mengukuhka­n lagi kedudukan kumpulan perubatan itu dan menjadi peneraju sektor perkhidmat­an penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Sasaran kumpulan adalah menjadi kumpulan kesihatan terbesar dan antara yang memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik bukan saja di Malaysia tapi seluruh rantau ini.

“Kami kini dalam proses menaik taraf HTKD yang bakal memuatkan 600 katil dengan tambahan perkhidmat­an kesihatan menyeluruh yang lain.

“Bagi TIMH pula, ia dijangka siap pada 2021 dan bakal menjadi hab kesihatan utama di Johor Bahru. Ia bakal menjadi pusat rujukan kesihatan strategik.

“Ia bukan saja bagi penduduk setempat, tetapi kami juga menumpukan kepada perkhidmat­an pelanconga­n kesihatan dan sasaran kami adalah dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Selain itu kita juga merancang penambahan hospital dan kolej kesihatan. Sasaran kami adalah mempunyai hospital di bawah jenama TMCB di setiap bandar utama,” katanya selepas majlis penjenamaa­n semula dan pecah tanah HTKD di sini, semalam. Hospital Thomson Kota Damansara sebelum ini dikenali sebagai Tropicana Medical Centre.

Quek berkata, bagi separuh pertama 2018 yang berakhir Februari 2018, kumpulan mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan sebanyak 14 peratus kepada RM81.4 juta berbanding RM71.7 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, ia juga mencatatka­n pertumbuha­n dalam perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) 23 peratus kepada RM17 juta berbanding RM13.8 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, keuntungan selepas cukainya pula meningkat 22 peratus kepada RM11 juta berbanding RM9 juta.

FAKTA HTKD bakal memuatkan

600 katil

 ??  ?? QUEK (dua dari kiri) pada majlis penjenamaa­n semula dan pecah tanah HTKD, semalam.
QUEK (dua dari kiri) pada majlis penjenamaa­n semula dan pecah tanah HTKD, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia