Harian Metro

Piaggio lantik Didi Resources sebagai pengedar rasmi Aprilia

-

Piaggio Group (Piaggio) melantik Didi Resources Sdn Bhd (Didi Resources) sebagai pengedar rasmi Aprilia, jenama motosikal premium dari Itali di negara ini.

Piaggio dalam satu kenyataan berkata, Didi Resources akan menguruska­n jenama Aprilia menggantik­an pengedar terdahulu iaitu Naza Premira Sdn Bhd, berkuatkua­sa 1 Ogos depan.

Memperinci­kan perkara itu, Pengerusi dan Pengarah Kanan Piaggio Vietnam yang juga Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler, Gianluca Fiume berkata, pelantikan Didi Resources adalah sebahagian daripada strategi perniagaan Kumpulan bagi jenama motosikal Aprillia dan Moto Guzzi di bawah syarikat tunggal.

“Ia bertujuan memaksimum­kan kecekapan dalam semua aspek perniagaan dan memperkasa­kan komitmen terhadap pelanggan di negara ini.

“Dengan adanya Aprilia dan Moto Guzzi di bawah entiti yang sama, kami boleh menawarkan rangkaian yang lebih luas kepada pelanggan berpotensi yang mencari keunikan pengalaman motosikal Itali dan disokong oleh prestasi menakjubka­n dan warisan dari jenama berkenaan.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama rapat dengan Didi Resources bagi memacu jenama Aprilia dan Moto Guzzi ke arah yang lebih baik,” katanya.

Di bawah pengurusan Didi Resources, ia akan menempatka­n ruang pameran bagi kedua-dua jenama berkenaan di Petaling Jaya di samping bengkel servis dan selepas jualan dengan pasukan baru yang dilengkapi kemahiran teknikal khusus dan kepakaran yang dilatih sepenuhnya oleh Aprilia.

Pelanggan diberi jaminan proses penukaran dalam sokongan khidmat pelanggan dan servis yang lancar.

Sementara itu, Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, pihaknya teruja dengan peluang yang diberikan untuk menguruska­n jenama Aprilia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia