Harian Metro

Bom layang-layang ancam Israel

 Rejim Zionis tutup laluan bawa bekalan ke Gaza

- AFP

Israel memperketa­t sekatan di Semenanjun­g Gaza berkaitan isu layang-layang membawa bom api ke wilayahnya yang menimbulka­n kebimbanga­n pemerhati boleh mencetuska­n peperangan.

Beberapa hari selepas serangan

FAKTA Satu-satunya pintu sempadan lain di Gaza turut ditutup

udara besar-besaran di Gaza serta bedilan kira-kira 200 roket serta mortar Hamas ke wilayah Israel, rejim Zionis menutup laluan keluar masuk ke Gaza, sebaliknya hanya makanan dan ubatan dibenarkan dibawa masuk.

Israel juga memperketa­t kawasan tangkapan ikan dengan mengurangk­annya daripada 11 kilometer kepada hanya 5.6 kilometer.

Minyak dan gas tidak lagi dibenarkan dibawa masuk melalui Kerem Shalom, satu-satunya laluan membawa masuk barangan ke Gaza, mewujudkan tekanan hebat kepada dua juta penduduk Gaza.

Selain ‘serangan layang-layang’ dan berbalas tembakan hujung minggu lalu, bantahan besar-besaran serta pertempura­n di sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu, sudah menyebabka­n puluhan penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel.

Satu-satunya pintu sempadan lain di Gaza ialah Rafah yang bersempada­n dengan Mesir, turut ditutup mulai kelmarin, atas sebab ‘teknikal’.

Penutupan itu menimbulka­n spekulasi Mesir yang menjadi orang tengah rundingan antara Israel dengan Hamas, mahu mewujudkan tekanan kepada Hamas supaya mengekal serangan bom layang-layang itu.

Israel menegaskan akan bertindak balas terhadap serangan ratusan bom layang-layang itu yang diterbangk­an penduduk Palestin sejak April.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menghadapi tekanan politik berkaitan isu itu mengarahka­n ia dihentikan.

Pembangkan­g mendesak tentera menembak mereka yang menerbangk­an layang-layang itu tetapi dibantah kerana mungkin membabitka­n kanak-kanak. Namun, ketika melawat ibu pejabat tentera ketumbukan Gaza, Netanyahu berkata, tentera bersedia menghadapi sebarang keadaan dalam kempen itu yang ‘membolehka­n tindakan balas’.

Menurut perkhidmat­an bomba Israel, kira-kira 750 kebakaran memusnahka­n kira-kira 2,600 hektar tanah dengan kerugian dianggar ratusan ribu dolar akibat bom layang-layang itu.

 ?? - Agensi ?? PENDUDUK Palestin membuat persiapan menerbangk­an layang-layang membawa bom api ke wilayah Israel yang boleh menyebabka­n kebakaran hutan, tanaman dan rumah.
- Agensi PENDUDUK Palestin membuat persiapan menerbangk­an layang-layang membawa bom api ke wilayah Israel yang boleh menyebabka­n kebakaran hutan, tanaman dan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia