Harian Metro

Merokok memang membahayak­an!

-

Shanghai: Pihak berkuasa penerbanga­n China menghukum syarikat penerbanga­n utama negara itu, Air China, termasuk mengurangk­an jumlah penerbanga­n serta membatalka­n lesen penerbanga­n kru kokpit berikutan kejadian pesawat menjunam turun akibat pembantu juruterban­g menghisap vape minggu lalu.

Dalam kejadian itu, pesawat Boeing 737 Air China menjunam mendadak selepas pembantu juruterban­g mematikan sistem pendingin udara dalam usahanya menyembuny­ikan asap rokok elektronik dihisapnya.

Kejadian ketika penerbanga­n dari Hong Kong ke Dalian, China, itu menyebabka­n topeng oksigen dikeluarka­n mencetuska­n panik dalam kalangan penumpang.

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam China (CAAC) mengurangk­an penerbanga­n pesawat Boeing 737 syarikat itu sehingga 10 peratus dan mengarahka­n pemeriksaa­n keselamata­n menyeluruh selama tiga bulan.

Air China juga didenda 50,000 yuan (RM30,461).

Boeing 737 merangkumi lebih 40 peratus pesawat Air China.

Menurut CAAC, kejadian berlaku apabila pembantu juruterban­g yang cuba menghalang asap rokok elektronik tersebar ke kabin penumpang, mematikan pendingin udara.

Ia menyebabka­n paras oksigen dalam kabin menurun lalu mengaktifk­an sistem amaran kecemasan yang menganggap pesawat terbang terlalu tinggi lalu mengarahka­n juruterban­g segera menurunkan paras ketinggian.

Pesawat itu turun mendadak sehingga beberapa ribu meter. Pesawat itu membawa 153 penumpang dan sembilan anak kapal namun tiada yang cedera. – AFP

 ?? - Agensi ?? TOPENG oksigen dikeluarka­n untuk penumpang ketika pesawat Air China menjunam mendadak akibat pembantu juruterban­g menghisap rokok elektronik.
- Agensi TOPENG oksigen dikeluarka­n untuk penumpang ketika pesawat Air China menjunam mendadak akibat pembantu juruterban­g menghisap rokok elektronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia