Harian Metro

Polis tangkap pembunuh bersiri

-

selama 15 minit hingga anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

Ketua Polis Houston, Art Acevedo berkata, Rodriguez disyaki terbabit menembak mati seorang wanita, Pamela Johnson, 62, di rumahnya pada Jumaat lalu dan seorang lagi wanita, Allie Barrow, 28, di sebuah pejabat pada Sabtu lalu serta seorang lelaki di sebuah pasar raya di Houston pada Isnin lalu.

Suspek juga dipercayai turut melarikan barangan berharga termasuk kereta milik mangsanya.

Polis juga mengesyaki Rodriguez turut terbabit mencederak­an seorang pemandu bas ketika merompak rumah pada 9 Julai lalu.

“Kemungkina­n Rodriguez mencari mangsa seterusnya. Kami sangat lega dan sangat berterima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat kepada polis hingga suspek ditangkap,” kata jurucakap jabatan Syerif Harris County, Ed Gonzalez.

Rodriguez yang didaftarka­n sebagai pesalah seksual menjalani hukuman penjara selama 28 tahun kerana merompak serta kesalahan lain sebelum dibebaskan pada September lalu selepas mendapat parol.

Polis percaya dia berjaya memotong gelang pengesan pada pergelanga­n kakinya untuk mengelak pergerakan­nya dikesan.

Pihak berkuasa masih belum mendedahka­n butiran lanjut mengenai jenayah yang dilakukann­ya itu seperti motif serangan dan sama ada mangsa dipilih suspek secara rawak. - Daily Mail

 ??  ?? RODRIGUEZ
RODRIGUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia