Harian Metro

BUANG BADI LALU

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 Chong Wei enggan ulang mimpi ngeri berdepan Leverdez di Kejohanan Dunia

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan ‘mimpi ngeri’ tewas kepada pemain Perancis, Brice Leverdez dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia tahun lalu tidak akan berulang pada edisi di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos depan.

Berdasarka­n undian dijalankan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Chong Wei diundi bertemu Leverdez sekali lagi di pusingan pertama - aksi ulangan pusingan pertama edisi tahun lalu di Glasgow, Scotland yang menyaksika­n kemenangan memihak kepada pemain Perancis itu.

Bagaimanap­un, Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia berkata, apa yang berlaku tahun lalu sudah dijadikan iktibar dan kali ini situasinya berbeza dengan dia optimis mampu melepasi pusingan pertama berdasarka­n rekod kemenangan­nya ke atas Leverdez dalam 10 pertemuan.

“Saya terima kekalahan kepada Leverdez pada pusingan pertama edisi tahun lalu. Namun, itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana selepas itu saya berjaya menewaskan dia... rekod pertemuan keseluruha­n menyaksika­n saya menang la- pan daripada 10 perlawanan,” kata Chong Wei yang turun dengan misi memburu gelaran sulung kejohanan berprestij itu.

Cabaran sebenar buat naib juara dunia tiga kali itu dijangka hadir sekiranya layak ke separuh akhir dengan bintang muda Jepun, Kento Momota diramal menjadi lawannya.

“Saya tidak mahu fikir mengenai peringkat separuh akhir sebaliknya fokus satu demi satu perlawanan. Siapapun pemain yang akan saya hadapi, saya akan lawan habis-habisan, saya tidak akan lari,” kata Chong Wei yang menyaksika­n rekod pertemuann­ya terikat 1-1 dengan Momota dalam dua perlawanan terakhir.

Chong Wei berjaya menewaskan Momota pada aksi final Terbuka Malaysia yang menyaksika­n dia merangkul gelaran ke-12, 1 Julai lalu sebelum dia tewas di separuh akhir Terbuka Indonesia di tangan lawan itu lima hari kemudian.

Sementara itu, jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan mengakui undian kali ini memberi petanda positif dalam misi Chong Wei merangkul gelaran sulung Kejohanan Dunia tetapi menegaskan anak didiknya perlu fokus satu demi satu perlawanan.

“Undian kali ini dilihat cukup baik untuk Chong Wei, namun dia tidak boleh pandang mudah. Kalau kita lihat, saingan dalam acara perseorang­an lelaki semakin sengit dan dia perlu buat persiapan yang terbaik bagi menghadapi setiap lawannya,” kata Hendrawan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia