Harian Metro

Yakin mara separuh akhir

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui barisan pemainnya mempunyai peluang cerah mara ke separuh akhir Sukan Asia di Jakarta, bulan depan.

Ini berdasarka­n kepada undian dikeluarka­n Persekutua­n Hoki Asia (AHF) yang menyaksika­n Malaysian Tigress diundi dalam Kumpulan A bersama-sama China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

“Saya katakan begitu kerana kami mempunyai rekod pertemuan yang agak baik sejak akhir-akhir ini apabila bertemu China dan Jepun.

“Contohnya dalam tiga pertemuan terakhir dengan Jepun, kami berjaya mencatat dua kemenangan.

“Rekod pertemuan dengan China juga tidak mengecewak­an apabila kami hanya tewas tipis.

“Atas faktor itu sepatutnya tiada masalah berdepan Hong Kong dan Taiwan. Saya berpendapa­t ada peluang kami menduduki dua tangga teratas peringkat kumpulan bagi membolehka­n kami mara ke separuh akhir,” katanya.

Dhaarma bagaimanap­un tidak mahu barisan pemainnya terlalu yakin mereka mampu meraih tiket ke kelompok empat pasukan teratas.

“Biar kami fokus pada setiap perlawanan terlebih dulu,” katanya.

Sejak tiga edisi lalu, skuad negara sering gagal menembusi peringkat separuh akhir yang didominasi pasukan seperti China, Jepun, India dan Korea Selatan apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Bagaimanap­un, mengambil kira prestasi semasa, mereka dilihat mampu memecah dominasi empat pasukan terbaik Asia itu andai dapat mempamerka­n aksi konsisten di Jakarta.

 ??  ?? DHAARMA mahu pemain fokus setiap perlawanan di Sukan Asia, bulan depan.
DHAARMA mahu pemain fokus setiap perlawanan di Sukan Asia, bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia