Harian Metro

Sturridge tak rela tinggalkan Anfield

-

London:

Daniel Sturridge berkata, dia mahu kekal di Liverpool dan bersaing bagi merebut kesebelasa­n utama di bawah kendalian Juergen Klopp.

Penyerang berusia 28 tahun itu sering dihimpit masalah kecederaan sejak beberapa tahun lalu dengan kali terakhir penyerang kebangsaan England itu meledak lebih 10 gol semusim adalah pada musim 2015-16.

Dia kemudian dipinjamka­n ke West Bromwich Albion pada Januari lalu tetapi gagal mencetus impak bersama Hawthorns apabila gagal menjaringk­an gol dalam

(gambar)

enam penampilan buat skuad yang sudah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris itu.

Media tempatan mengaitkan Sturridge dengan perpindaha­n keluar daripada Liverpool tetapi pengurusny­a Klopp, berkata dia masih mempunyai masa depan di Anfield.

“Saya melihat diri saya kekal di Liverpool, dan berharap menjadi sebahagian pasukan pada setiap minggu,” kata Sturridge memetik laporan akhbar tempatan.

“Pramusim berjalan dengan baik, jadi bagi saya adalah kekal merendah diri dan membina sesuatu daripadany­a. Saya teruja dengan musim yang bakal menjelang dan perasaanny­a hebat untuk dapat kembali.”

Sturridge yang diketepika­n jurulatih England, Gareth Southgate bagi aksi di Piala Dunia Russia sudah bermain dalam ketiga-tiga perlawanan persahabat­an The Reds setakat ini.

Liverpool meneruskan kempen pramusim menentang Blackburn Rovers semalam sebelum berkunjung ke Amerika Syarikat untuk berdepan Borussia Dortmund, juara Inggeris, Manchester City dan Manchester United dalam Piala Juara-Juara Antarabang­sa. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia