Harian Metro

REDS SAMBAR ALISSON

- Agensi

 Jadi penjaga gol termahal dunia jika perjanjian dimuktamad­kan

Liverpool

Liverpool dipercayai berjaya membawa penjaga gol AS Roma, Alisson ke Anfield dengan nilai yang dikemukaka­n kelab Itali itu, £66.8 juta (RM353.06 juta), semalam.

The Reds pada awalnya membuat tawaran £62 juta (RM329.67 juta), namun ditolak sebelum diberikan ‘lampu hijau’ oleh pengurusan tertinggi pasukan untuk memenuhi tuntutan kelab Serie A itu.

Selepas bidaan awal, Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards bertindak pantas meningkatk­an tawaran menyamai permintaan buat pemain yang turut diminati satu lagi kelab Inggeris, Chelsea itu.

Jika perjanjian itu dimuktamad­kan, tonggak Piala Dunia Brazil di Russia menjadi penjaga gol termahal dunia, sekali gus memberi jalan penyelesai­an buat pengurus, Juergen Klopp menjelang kempen 2018/19.

Liverpool menyertai pemburuan untuk mendapatka­n pemain di posisi berkenaan sejak persembaha­n buruk yang ditampilka­n penjaga gawangnya, Loris Karius di final Liga Juara-Juara musim lalu.

Liverpool memiliki hubungan baik dengan AS Roma dan sudah menyatakan minat terhadap

Alisson, Januari lalu.

Rekod pembelian termahal dunia bagi penjaga gol ketika ini dipegang kelab Manchester City yang membayar £35 juta (RM281.8 juta) untuk mendapatka­n seorang lagi pemain Brazil, Ederson pada musim panas lalu.

Sebelum ini,

Roma percaya mereka membenarka­n Salah menyertai Liverpool dengan harga sederhana dan mereka pasti mahu sedikit bayaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia