Harian Metro

Enggan memilih

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

 Piya, Amiridzwan sedia sertai mana-mana pasukan musim depan

Bekas kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi dan pemain pertahanan, Amiridzwan Taj mahu kembali menyertai mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mereka juga bersedia untuk ‘berpisah’ dengan The Red Warriors (TRW) jika khidmat mereka tidak diperlukan skuad itu.

Amiridzwan, 32, berkata, karier bolasepak dia dan Badhri diibaratka­n ‘gantung tidak bertali’ apabila pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menamatkan kontrak secara rasmi yang menyukarka­n mereka mengintai peluang bersama pasukan lain musim ini.

“Kami tidak dapat buat apa-apa keputusan lagi ketika ini kerana masih memiliki kontrak dengan Kelantan serta beberapa perkara yang belum diselesaik­an majikan (KAFA).

“Dan kalau ikut perancanga­n memang kami mahu beraksi lagi dengan mana-mana pasukan yang berminat tetapi apa yang dilakukan mereka ibarat membunuh karier kami sebagai pemain kerana kami tidak dibenarkan langsung bermain dengan pasukan.

“Kami faham kehendak jurulatih. Jika kami tiada dalam perancanga­n sekalipun, beri kami ruang untuk berlatih bersama pasukan sehingga tamat kontrak dan itu sekurang-kurang memberi kepercayaa­n jika ada pasukan lain mahukan khidmat kami pada musim depan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Kelantan serta sesi pemilihan bakat untuk ke peringkat kebangsaan di sini, semalam.

Terdahulu, kedua-dua pemain itu digugurkan dari TRW pada pertengaha­n musim ini selepas pasukan itu dikendalik­an bekas jurulatih kebangsaan Syria, Fajer Ebrahim.

Namun timbul isu mengenai penggugura­n mereka berdua apabila ia dilakukan secara tidak rasmi dan kontrak mereka pada musim ini juga belum ditamatkan.

Mengulas mengenainy­a, Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya ketika ditemui turut memaklumka­n dia mahu menyertai mana-mana pasukan sebaik dilepaskan majikan nanti.

“Memang saya mahu main lagi. Jika ada tawaran musim depan pun tidak kira pasukan itu dari Liga Super ke atau Liga FAM sekalipun saya tetap bersedia untuk berunding.

“Sekarang ini ada satu pasukan yang mahu berjumpa saya terlebih dahulu untuk berunding namun keputusan tidak boleh dibuat kerana saya masih berkontrak dengan Kelantan,” katanya.

 ??  ?? AMIRIDZWAN (kanan) bersama Piya (dua dari kanan) menjadi panel pemilih bakat Kejohanan Futsal Kolej Komuniti di KB Arena Futsal.
AMIRIDZWAN (kanan) bersama Piya (dua dari kanan) menjadi panel pemilih bakat Kejohanan Futsal Kolej Komuniti di KB Arena Futsal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia