Harian Metro

‘Semua dah setuju’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 MFL mahu semua pihak henti isu pindaan aksi JDT-Kelantan

meraikan kejuaraan bersama penyokong mereka.

“Jadi bagi saya, ini satu perkara yang sengaja dibesar-besarkan bila ia berkait dengan JDT,” katanya ketika dihubungi, semalam.

MFL memaklumka­n pindaan jadual itu diputuskan Khamis lalu dan keputusan berkenaan turut membabitka­n perubahan tarikh perlawanan akan datang bagi beberapa pasukan lain termasuk Kelantan, Selangor, Perak, PKNP FC, Terengganu dan Pahang.

Keputusan itu mendapat sokongan daripada jurulatih enam pasukan terbabit, namun isu berkenaan tetap dipertikai segelintir pihak dengan menganggap ia satu keputusan yang lebih mengutamak­an JDT.

Justeru, Kevin menegaskan keputusan yang diambil tidak membabitka­n unsur berat sebelah kerana pasukan lain juga akan mendapat ‘layanan’ sama jika berada di tempat JDT.

“Kita sudah jelaskan, ada proses tertentu sebelum pinda jadual. Tiada pihak walaupun saya sendiri atau TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang boleh buat keputusan pindaan.

“Proses pertama adalah persetujua­n daripada semua pasukan terbabit dan keputusan kolektif daripada lembaga pengarah.

“Malah, pasukan yang membuat permohonan (pinda jadual) tidak boleh mengundi dalam mendapat keputusan permohonan mereka,”

katanya.

 ??  ??
 ?? Kevin Ramalingam ?? Kita perlu ingat pindaan berkait pasukan lain dalam liga yang tiada kaitan langsung dengan JDT pun sudah dibuat sebelum ini. Jadi bagi saya, ini satu perkara yang sengaja dibesar-besarkan bila ia berkait dengan JDT”
Kevin Ramalingam Kita perlu ingat pindaan berkait pasukan lain dalam liga yang tiada kaitan langsung dengan JDT pun sudah dibuat sebelum ini. Jadi bagi saya, ini satu perkara yang sengaja dibesar-besarkan bila ia berkait dengan JDT”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia