Harian Metro

Kim Swee pening congak strategi

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Saingan bola sepak Sukan Asia di Indonesia bulan depan bukan pentas biasa buat pemain negara apabila pasukan gergasi Asia cukup serius untuk merebut kejuaraan.

Biarpun ia hanya membabitka­n skuad bawah 23 tahun (B-23), namun peraturan untuk membenarka­n setiap pasukan menurunkan tiga pemain lebih umur bakal menyaksika­n barisan pemain bintang yang baru beraksi di Piala Dunia Russia turut boleh mengambil bahagian.

Korea Selatan dilaporkan akan menggunaka­n khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min dan pemain terbaik ketika menyingkir­kan juara bertahan Jerman di Piala Dunia iaitu penjaga gol Cho Hyun-woo dalam skuad mereka.

Ini memberi bayangan awal betapa sukarnya cabaran bakal ditempuhi anak buah Datuk Ong Kim Swee

dalam saingan Kumpulan E yang turut membabitka­n Kyrgyzstan dan Bahrain.

Selain Korea Selatan, pasukan Piala Dunia seperti Jepun, Australia, Iran dan Arab Saudi juga bakal menggunaka­n pengalaman pemain di Piala Dunia Russia untuk merebut gelaran.

Bagaimanap­un, situasi agak berbeza di Malaysia apabila nasib untuk Kim Swee memanggil pemain terbaik B-23 termasuk tiga pemain lebih umur belum pasti apabila sukar mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Ini kerana tarikh saingan Sukan Asia Indonesia bermula 14 Ogos hingga 1 September bertembung dengan kempen Piala Malaysia.

“Kita tahu kualiti pemain

(gambar)

seperti Son (Heung-Min) yang beraksi di pentas tertinggi dan apabila Korea Selatan menurunkan pemain terbaik mereka ini membuktika­n betapa serius saingan Sukan Asia buat mereka.

“Saya percaya dengan kehadiran pemain-pemain nama besar yang beraksi di Piala Dunia akan memberikan saingan lebih mencabar serta meletakkan pentas ini satu tahap lebih tinggi. Jadi kita harus gunakan kesempatan ini bukan saja untuk menimba pengalaman, malah memberikan saingan dengan menurunkan skuad terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia