Harian Metro

Irfan kecewa pemain bazir peluang

-

Alor Setar: Kegagalan Terengganu FC mengambil peluang berikutan kekurangan Kedah yang turun tanpa beberapa pemain utama menyebabka­n Irfan Bakti Abu Salim kecewa pulang satu mata selepas skuadnya seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

“Amat kecewa kerana kami tidak mengambil kesempatan susulan Kedah yang kekurangan tanpa beberapa pemain utama seperti Liridon (Krasniqi) dan beberapa pemain lain yang tidak beraksi, namun Kedah yang dibarisi ‘budak muda’, bermain dengan bersungguh- sungguh,” kata ketua jurulatih TFC itu.

“Kami terpaksa berpuas hati dapat satu mata walaupun Kedah pasukan yang tidak berapa kuat malam ni, kesal rasanya sebab kami tidak ambil kesempatan.

“Antara Terengganu dengan Kedah ni... Terengganu

(gambar)

memang susah nak menang dengan Kedah, walau teruk macam mana pun pasukan lawan kami tak menang juga... jadi itulah rugi sangat rasanya.”

Irfan bagaimanap­un mengakui keputusan seri itu adil buat kedua-dua pasukan walaupun TFC sebenarnya mempunyai peluang untuk menambah gol.

“Alhamdulil­lah kami dapat satu mata malam ini. Buat masa ini kami di tangga keempat jadi saya masih tidak berputus asa kerana kami ada dua baki perlawanan menentang Kelantan (tempat sendiri) dan Selangor (gelanggang lawan).

“Kami akan cuba raih enam mata penuh daripada perlawanan terakhir ini kerana bagi saya kedudukan untuk ke Piala Malaysia adalah penting.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia