Harian Metro

Tunggu trofi

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 JDT, FELDA rai kejayaan di kubu masing-masing

Dua pasukan yang bergelar juara divisyen satu dan dua musim ini akan menjulang trofi yang dimenangi mereka pada aksi masing-masing yang berlangsun­g, minggu ini.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima trofi pada aksi bertemu Kelantan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.

Skuad bimbingan Raul Longhi itu mengesahka­n kejuaraan mereka selepas menundukka­n Perak 2-1 di tempat lawan pada 10 Julai ketika saingan masih berbaki empat perlawanan lagi.

Ini adalah kejuaraan kelima berturut-turut buat skuad Harimau Selatan itu, sekali gus menyaksika­n mereka mencipta sejarah baru dalam saingan bola sepak tempatan.

Status selaku juara Liga Super musim ini juga membolehka­n mereka mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan.

Sementara itu, juara Liga Perdana, FELDA United pula akan merangkul trofi pada aksi bertemu PDRM di Stadium Tun Abdul

Jengka, Sabtu ini.

Skuad The Fighters itu muncul juara selepas menewaskan Sarawak 3-1, kelmarin ketika saingan berbaki dua perlawanan lagi.

Suad bimbingan B Sathianath­an itu hanya memerlukan semusim saja untuk kembali beraksi dalam saingan elit bola sepak tempatan itu selepas ‘dihumban’ menyertai Liga Perdana awal musim ini.

Ia susulan kegagalan FELDA United melengkapk­an dokumen membabitka­n penyata kewangan pasukan kerana tidak memperoleh­i lesen untuk bertanding dalam Liga Super musim 2018.

Razak, Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff kesal kerana tidak mendapat sepakan penalti ketika seri 1-1 dengan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Beliau berpendapa­t mereka seharusnya diberikan sepakan penalti pada lewat perlawanan apabila Fadzrul Danel Nizam dijatuhkan dalam kotak penalti, namun terpaksa menerima keputusan pengadil.

“Pada pengamatan saya, kami sepatutnya memperoleh sepakan penalti pada hujung perlawanan.

“Jelas ada terjahan dari belakang dan memang sepatutnya kami diberikan sepakan

 ??  ?? HARIMAU Selatan ungguli Liga Super lima kali berturut-turut.
HARIMAU Selatan ungguli Liga Super lima kali berturut-turut.
 ??  ?? FELDA United kembali warnai Liga Super musim depan.
FELDA United kembali warnai Liga Super musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia