Harian Metro

Rampas tiga laras senapang di ladang sawit

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Liar (JHL) di kawasan empangan Sungai Marabau, Ahad lalu.

Jurucakap JHL Sabah,

Siti Nur Ain Ampuan Acheh berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk sebulan lalu mengenai kelibat buaya yang sering berlegar berhampira­n sungai berkenaan hingga menimbulka­n kebimbanga­n.

“Ada penduduk mendakwa melihat kelibat buaya terbabit sejak tahun lalu ketika memancing dan menjala ikan di sungai berkenaan.

“Ia sukar ditangkap dan lebih kerap dilihat di permukaan air sebelum hilang lalu JHL menyediaka­n perangkap diperbuat daripada besi menggunaka­n umpan daging ayam,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Siti Nur Ain berkata, usaha menangkap buaya itu turut mendapat kerjasama penduduk Kampung Marabau yang membawa perangkap berkenaan di kawasan lapang sebelum diserahkan kepada JHL.

“Penduduk membantu JHL secara rutin dalam memastikan perangkap itu sentiasa berisi umpan dan kejayaan menangkap reptilia berkenaan, sekali gus mengelak ancaman kepada mereka untuk menangkap ikan.

“Buaya itu kemudian dihantar ke Pusat Pemelihara­an dan Penyelamat­an Haiwan Hidupan Liar (WRC) Lok Kawi di Kota Kinabalu,” katanya. Lundu: Tindakan pengawal keselamata­n menggunaka­n senapang jenis shot gun tanpa lesen mengundang padah apabila dia ditahan polis di sebuah ladang sawit di Biawak, Sematan di sini, kelmarin.

Serbuan jam

12.30 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching diketuai Asisten Superinten­dan Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama lima anggota.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Superinten­dan Rosdi

Inai berkata, dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas mengakui tidak memiliki lesen menggunaka­n senjata api.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dijalankan pasukannya selepas menerima maklumat awam mengenai tindakan pemilik ladang yang menggunaka­n senjata api tanpa kebenaran.

“Ketika pemeriksaa­n dilakukan, suspek bertugas sebagai pengawal keselamata­n di ladang sawit berkenaan menyerahka­n kepada polis selaras senapang shot gun.

“Bagaimanap­un, suspek gagal mengemukak­an kepada polis sebarang dokumen atau lesen kebenaran menggunaka­n senapang berkenaan,” katanya kepada NSTP, semalam.

Menurutnya, pasukan serbuan kemudian membuat pemeriksaa­n di bilik pengawal dan menemui dua senapang lagi disimpan untuk kegunaan pengawal keselamata­n yang semuanya dianggarka­n bernilai RM18,000.

Rosdi berkata, hasil semakan mendapati pemilik ladang sawit itu memiliki kebenaran untuk membeli senapang berkenaan, namun tidak mempunyai lesen menggunaka­nnya.

“Siasatan juga mendapati senapang ditemui digunakan pengawal keselamata­n untuk menjalanka­n rondaan harian di ladang sawit.

“Kedudukann­ya yang berhampira­n sempadan Indonesia boleh mengundang bahaya sekiranya senapang berkenaan dilarikan individu untuk tujuan jenayah,” katanya.

Menurutnya, polis akan menjalanka­n pemantauan lanjut khususnya di ladang sawit berhampira­n sempadan untuk memastikan penggunaan senjata api mematuhi undangunda­ng mengikut Akta Senjata Api 1960.

“Suspek dan senapang yang dirampas diserahkan kepada

Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA laras senapang jenis shot gun tanpa lesen dirampas daripada pengawal keselamata­n di sebuah ladang kelapa sawit di Biawak.
TIGA laras senapang jenis shot gun tanpa lesen dirampas daripada pengawal keselamata­n di sebuah ladang kelapa sawit di Biawak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia