Harian Metro

Rezeki cecair gelembung udara

-

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ungkapan itu sesuai menggambar­kan kegigihan anak muda yang mencari rezeki hujung minggu dengan menjual cecair gelembung udara di Taman Tasik, di sini.

Bagi Syaiful Idzhar, 20, dia dan rakannya mengambil upah menjual cecair sabun yang boleh dijadikan gelembung udara untuk mengisi masa terluang sambil mencari pendapatan tambahan.

“Kami menjual cecair gelembung ini bermula jam 4.30 petang hingga 7 malam bergantung kepada keadaan cuaca. Sambutan memang amat menggalakk­an, malah kami gembira dan teruja melihat kanak-kanak bermain gelembung udara ini.

“Cecair gelembung udara ditempah khas dari Semenanjun­g dan dijual pada harga RM2 hingga

RM5 mengikut jumlah skop,” katanya kepada NSTP.

Rakannya, Norman Maliki, 18, berkata, sambutan pelanggan terutamany­a kanak-kanak terhadap cecair gelembung yang dijual mereka sangat menggalakk­an terutama pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Katanya, permainan itu nampak ringkas kerana hanya perlu mencelup batang kayu yang diikat dengan tali halus ke dalam cecair sabun lalu membiarkan­nya berterbang­an mengikut angin.

“Ia bukan saja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi juga ibu bapa. Secara tidak langsung, permainan ini mengeratka­n lagi kemesraan dan hubungan kekeluarga­an,” katanya.

Seorang lagi rakan mereka, Aamar Bahrien Juma’adiee, 18, berkata, walaupun nampak mudah dan ringkas, permainan itu sebenarnya tidak sesuai dimainkan ketika cuaca panas.

Menurutnya, gelembung udara sesuai dimainkan ketika cuaca redup dan berangin kerana ketika itu, gelembung mudah terbentuk.

“Jualan bergantung pada keadaan dan akan bertambah bila musim cuti sekolah atau perayaan,” katanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sarikei Baru.

 ??  ?? SYAIFUL (dua dari kiri) bersama Norman menjual cecair gelembung di Taman Tasik Sarikei.
SYAIFUL (dua dari kiri) bersama Norman menjual cecair gelembung di Taman Tasik Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia