Harian Metro

Nikmat bekalan air

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Penduduk tujuh rumah panjang lega bakal dapat kemudahan

Penduduk tujuh rumah panjang di Nanga Semah, di sini, akhirnya boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati bekalan air bersih tidak lama lagi selepas sekian lama menunggu kemudahan itu.

Malah, sebahagian besar penduduk terharu dengan keprihatin­an kerajaan negeri, khususnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang cukup komited menyediaka­n kemudahan asas terbaik, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Bagi Tuai Rumah, John Tan, 68, perkembang­an itu bakal membuka lembaran baharu dalam kehidupan harian penduduk setempat, malah menganggap­nya sebagai simbolik nikmat pembanguna­n dikecapi negeri itu.

“Bekalan air sempurna ke kawasan penempatan ini sesuatu bermakna buat kami, malah satu nikmat besar. Apa yang kerajaan negeri berikan ini adalah sesuatu yang kami idam-idamkan.

“Ia sekali gus menyelesai­kan masalah 900 penduduk yang selama ini hanya bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai. Sebahagian besar penduduk bekerja sendiri, bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Sudah pasti kemudahan ini kami perlukan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad yang hampir setiap minggu melawat penempatan itu bagi meninjau keperluan penduduk setempat. Sementara itu, Safiee menjelaska­n, pelaksanaa­n projek bernilai RM6.8 juta itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini, membuktika­n komitmen kerajaan negeri membangunk­an kemudahan asas di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Kami berharap projek ini disiapkan mengikut jadual. Apabila siap nanti, kemudahan ini juga boleh dinikmati sebuah klinik desa dan sekolah rendah di Nanga Semah,” katanya.

Beliau berkata, satu taklimat khas bersama penduduk diadakan di Nanga Semah mengenai perkembang­an terkini projek yang dikendalik­an oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) itu.

“Kami mohon kerjasama penduduk bagi memastikan pelaksanaa­n projek lancar,” katanya sambil meminta semua ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) sentiasa aktif dalam melaksanak­an aktiviti yang boleh memperkasa­kan masyarakat.

 ??  ?? SAFIEE (dua kanan) menemui penduduk di Nanga Semah, Mukah, semalam.
SAFIEE (dua kanan) menemui penduduk di Nanga Semah, Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia