Harian Metro

Peniaga rugi kompleks tiada pendingin hawa

-

Kota Kinabalu: Pengusaha premis di kompleks 1Borneo Hypermall semakin gusar apabila perniagaan mereka merudum berikutan kekurangan jumlah pengunjung susulan ketiadaan pendingin hawa di pusat beli-belah itu.

Rata-rata pengusaha bukan saja menanggung kerugian, malah tertekan kerana tiada tempoh masa yang diberikan pihak pengurusan bagi menyelesai­kan masalah berkenaan susulan kegagalan menjelaska­n tunggakan bil elektrik RM8.7 juta.

Keadaan itu berlaku apabila Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall membabitka­n bahagian pendingin hawa minggu lalu, selepas pihak pengurusan masih gagal menjelaska­n tunggakan bil walaupun notis diberikan beberapa kali sebelum ini.

Tinjauan di pusat beli-belah itu mendapati keadaan sangat lengang dengan individu yang berada di pusat beli-belah itu sebahagian besarnya adalah peniaga dan pekerja.

Keadaan panas di dalam pusat beli-belah itu jelas terasa terutama selepas jam 12 tengah hari dengan beberapa pemilik dan pekerja premis perniagaan dilihat membawa kipas angin sendiri untuk menyejukka­n badan.

Peniaga kafe yang hanya mahu dikenali sebagai Zulfian, 42, berkata, ketiadaan pendingin hawa sememangny­a menjejaska­n perniagaan­nya.

Katanya, selepas lebih seminggu beroperasi tanpa pendingin hawa, tidak ramai pelanggan datang hingga perniagaan­nya terjejas teruk.

“Kami harap masalah ini diselesaik­an secepat mungkin. Kami hanya bergantung harap kepada perniagaan di sini untuk cari makan. Kami beli kipas untuk keselesaan pelanggan, namun itu tidak cukup kerana keadaan yang sangat panas,” katanya.

Pekerja kedai cermin mata, Eby Rochelle Jusili, 20, berkata, keadaan pusat beli-belah yang tiada pendingin hawa bukan saja menyebabka­n pelanggan semakin berkuranga­n, malah dia terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tidak selesa.

“Jualan semakin teruk, bayangkan semalam tiada pelanggan masuk ke kedai kami,” katanya.

Kelmarin, 1Borneo Management Corporatio­n (1BMC) yang menguruska­n pusat beli-belah itu dalam kenyataann­ya berkata, pihaknya masih berunding dengan SESB mengenai pelan penyelesai­an dicadangka­n untuk pembayaran bil dan penyambung­an semula bekalan elektrik pusat beli-belah itu.

 ??  ?? ZULFIAN kerugian pelanggan kurang kerana tiada penghawa dingin di kompleks beli-belah 1 Borneo, Kota Kinabalu.
ZULFIAN kerugian pelanggan kurang kerana tiada penghawa dingin di kompleks beli-belah 1 Borneo, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia