Harian Metro

Pendapatan lumayan

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Sektor pertanian, industri asas tani jana RM10,000 sebulan

Minimum RM4,000 hingga maksimum RM10,000 sebulan adalah potensi jumlah pendapatan mampu diraih dalam pertanian dan industri asas tani di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Bumiputera dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebagai contoh, sektor akuakultur penternaka­n ikan talapia di Tasik Batang Ai, Sri Aman, membabitka­n 9,434 sangkar mampu menjana pendapatan lebih RM4,000 sebulan.

Beliau berkata, industri asas tani terus menunjukka­n potensi sebagai sumber kekayaan penduduk luar bandar dan pedalaman selepas mengambil kira pengusaha kecil ladang sawit di tanah seluas 7.2 hektar dapat meraih pendapatan RM5,760 sebulan.

“Kawasan luar bandar di negeri ini menyimpan sumber kekayaan dan mempunyai potensi ekonomi membawa keluar penduduk luar bandar dan pedalaman daripada belenggu kemiskinan.

“Hingga kini, 622,229 hektar daripada 1.5 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dibangunka­n dengan tanaman komuniti.

“Kawasan sawit membabitka­n tanah seluas 363,000 hektar, getah (179,700 hektar), sagu (43,447 hektar), lada (16,516 hektar), kelapa (12,617 hektar) dan koko (6,949 hektar),” katanya dalam ucapan penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban ketika mengulas lanjut berkata, kerajaan negeri sedia maklum pembabitan golongan belia dalam industri pertanian secara keseluruha­nnya terlalu rendah, malah merekodkan 14 peratus penurunan pembabitan mereka tahun lalu.

“Antara faktor menyumbang peminggira­n golongan belia terhadap industri pertanian adalah 3D (kotor, bahaya dan sukar), kerja terlalu memenatkan dan tidak menguntung­kan. Faktor lain adalah masalah sumber tanah, kemahiran dan pendedahan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menangani persepsi negatif berkenaan, kerajaan negeri mempromosi penggunaan teknologi moden dan pintar untuk menyokong sektor pertanian tepat

demi menjamin nilai pendapatan adalah tinggi, selain lumayan.

“Contoh paling terbaik boleh disaksikan di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) di Rampangi, Santubong yang menarik penyertaan 18 peserta di mana 87 peratus adalah belia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia