Harian Metro

Sarawak sedia peruntuk dana kepada PH

-

Petra Jaya: Kerajaan Sarawak bersedia memperuntu­kkan dana kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sebagai tindak balas sekiranya Kerajaan Pusat turut memberi dana kepada wakil rakyat, khususnya Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sekali lagi menekankan kepentinga­n kerajaan negeri bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Pusat yang sebelum ini berikrar menjadi kerajaan adil dan cekap.

“Kerajaan Sarawak sedia mempertimb­angkan memperuntu­kkan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada setiap wakil rakyat PH, jika kerajaan PH melakukan perkara sama kepada wakil rakyat GPS.

“Saya juga mengumumka­n Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan siling RM1 juta kepada setiap wakil rakyat GPS untuk kawasan masing-masing bagi melaksanak­an Program Baik Pulih Rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya dalam ucapan penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Tindakan neutral wakil rakyat GPS ditunjukka­n pada Persidanga­n Dewan Rakyat bermula Isnin lalu dengan 19 wakil rakyat kekal berada dalam dewan walaupun majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan PAS keluar dewan bagi membantah pelantikan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak berkata, adalah mengujakan berada dalam persekitar­an politik yang berbeza, sekali gus menggamit semua pihak di negeri itu supaya terus berjuang memaju selain mempertaha­nkan hak Sarawak.

 ??  ?? ABANG Johari bersama tiga Timbalan Ketua Menteri (dari kiri) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
ABANG Johari bersama tiga Timbalan Ketua Menteri (dari kiri) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia