Harian Metro

ISN kebal?

 Bekas atlet menembak tak puas hati saman ditolak mahkamah

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

“Apa hak kami sebagai atlet jika kami tidak boleh menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan selepas begitu lama menabur bakti kepada negara,” kata bekas atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli.

Muslifah mewakili dua rakannya yang lain iaitu Nur Ayuni Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi meluahkan rasa tidak puas hati apabila saman mereka terhadap Institut Sukan Negara (ISN) pada Oktober 2017 ditolak oleh Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka yang digugurkan daripada Program Podium pada Februari tahun lalu bagaimanap­un tidak akan menyerah dan akan terus memperjuan­gkan kes menfailkan saman ke atas ISN sehingga peringkat tertinggi.

Tiga atlet menembak itu menerusi peguam bela Ahsa Advocates & Solicitors akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan dan mempunyai masa 30 dari tarikh keputusan penolakan itu di buat iaitu pada 6 Julai lalu.

“Kes kami diketepika­n oleh mahkamah tanpa kami dapat membela diri.

“ISN menggunaka­n Akta ISN Seksyen 44 (Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekal terhadap (a) Institut (b) mana-mana anggota institut atau jawatankua­sa, atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen Institut atau (c) mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah pihak Institut.

“Kes ditolak tanpa didengari terlebuh dahulu iaitu hanya di peringkat ‘interlokit­eri’,” katanya.

Berdasarka­n akta seksyen 44 itu, bermakna atlet tidak boleh menyaman ISN, namun ISN perlu mengemukak­an ‘good faith (niat suci).

“Adakah ini membuktika­n ISN kebal. Mereka boleh melakukan apa kepada atlet dan selamat dengan hanya mengemukak­an akta seksyen 44 itu.

“Apakah nasib kami sebagai atlet. Kami membawa kes ini ke mahkamah bukan niat untuk menjatuhka­n sesiapa, tetapi ingin menegakkan keadilan dan menuntut hak kami apabila diketepika­n tanpa alasan kukuh,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Kafe Sri Bayu Bukit Jalil Golf Kelab.

Muslifah turut merujuk kes bekas atlet gimnastik negara Nur Eli Ellina Azmi yang diminta berhenti tanpa notis dan tidak dibayar elaun pada Mei lalu hanya kecoh di media beberapa ketika, namun akhirnya senyap begitu saja tanpa ada jalan penyelesai­an.

Sementara itu, wakil peguam Mohd Azlan Mashod berkata, beliau akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan dengan menggunaka­n Seksyen 3 (2) Institut adalah kekal turut-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapny­a atas namanya.

Pada perkembang­an yang sama ketiga- tiga penembak itu berharap ‘suara’ mereka didengar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebagai rekod, ketiga-tiga atlet itu digugurkan daripada Program Podium tanpa alasan kukuh.

Ia berlarutan apabila Nur Ayuni dan Muslifah disingkirk­an daripada skuad menembak bagi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu.

 ??  ?? MUSLIFAH (kiri) dan Nur Ayuni (kanan) berbincang bersama peguam, Azlan dan Siti Hadijah Ahmad.
MUSLIFAH (kiri) dan Nur Ayuni (kanan) berbincang bersama peguam, Azlan dan Siti Hadijah Ahmad.
 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? NUR AYUNI
MUSLIFAH
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR NUR AYUNI MUSLIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia