Harian Metro

‘Nasib baik dengar kata’

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan Petronas Sprinta Racing, Johan Stigefelt (gambar) berpuas hati apabila kedua-dua penunggang pasukan itu, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki mengikut nasihat diberikan pasukan.

Stigefelt sebelum ini meluahkan kekecewaan­nya selepas prestasi kedua-dua mereka di Assen dua minggu lalu di mana Adam menamatkan saingan di tempat ke-21 sementara Ayumu di tempat ke-19, namun mereka membaiki kedudukan di litar Sachsenrin­g pada hujung minggu lalu.

Adam yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11, yang juga mata keempatnya pada musim ini sementara Ayumu di kedudukan ke-10 di Grand Prix Jerman yang juga menandakan separuh musim sudah berlangsun­g.

“Mereka mendengar nasihat kami dan melakukan beberapa perubahan yang bagus ketika sesi (latihan, kelayakan). Mereka berusaha keras ketika menunggang dan itu adalah sangat penting untuk melakukan dengan baik serta ia ditunjukka­n ketika dalam perlumbaan,” kata Stigefelt.

“Memang sangat sukar bagi semua orang untuk bertarung secara keseluruha­n, jadi saya gembira yang mereka boleh kekal di atas dan tidak jauh daripada pendahulu.

“Bagi Adam dan Ayumu, saya berpuas hati yang mereka berada di kedudukan ini menjelang rehat musim panas. Ia membuktika­n apabila mereka berusaha keras ketika sesi latihan, ini adalah hasilnya.”

Selepas Assen, Stigefelt menegaskan kedua-dua penunggang itu yang mereka ‘perlu meningkatk­an prestasi mereka dan memahami kepentinga­n melakukan usaha daripada sejak awal minggu lagi selepas beberapa persembaha­n kurang memuaskan.

Adam yang berasal dari Johor kini berada di kedudukan 19 keseluruha­n Moto3 dengan 24 mata sementara Ayumu di kedudukan 21 (23 mata).

Saingan GP kini berehat bagi menjalani rehat musim panas dan akan diteruskan di Litar Brno di Republik Czech pada 3-5 Ogos ini.

Mereka mendengar nasihat kami dan melakukan beberapa perubahan yang bagus” Johan Stigefelt

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia