Harian Metro

SENJATA, PELURU DI LOKASI NAHAS

Mangsa tercampak dari kenderaan selepas melanggar lori sebelum dirempuh sebuah SUV

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

Kemalangan mengorbank­an dua nyawa di Kilometer (KM) 132.4, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuala Lumpur di sini, malam kelmarin mencetuska­n tanda tanya apabila polis menemui sejumlah peluru dan senjata api.

Difahamkan siasatan di lokasi kemalangan menemui pistol Smith & Wesson, pump gun bersama dua peluru di dalamnya, 23 peluru jenis Rimba, 12 peluru Bore warna biru, 35 peluru Mega, 12 Bore warna hijau, peluru Buck Shot 12 Bore dan dua kotak peluru 9mm mengandung­i 88 peluru.

Dalam nahas jam 8.30 malam, mangsa, Low Kim Boon, 65, dan Nur Rashila Rosdan, 22, maut di lokasi kejadian akibat tercampak dari kenderaan masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang, Superinten­dan Kamarulzam­an Jusoh, berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta Perodua Myvi dipandu Nur Rashila dari arah Kuantan menuju ke Temerloh melanggar sebuah lori membawa muatan plastik.

Katanya, kereta Perodua Myvi itu kemudian dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota FJ Cruiser yang dipandu Low dari arah belakang mengakibat­kan kenderaan SUV itu tercampak ke laluan bertentang­an sebelum jatuh ke dalam gaung.

“Turut terbabit kemalangan adalah sebuah kereta Proton Iswara. Berdasarka­n siasatan dan keterangan saksi, kami percaya Nur Rashila yang bekerja sebagai pelukis pelan memandu dalam keadaan mengantuk sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, pemandu lori, Che Sharif Saad, 43, dan pemandu Proton Iswara, Sheikh Mohd Haniff Sheikh Hashim, 61, tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, polis masih menyiasat penemuan senjata api dan peluru di lokasi kemalangan.

Kamarulzam­an berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ??  ?? SEPUCUK pistol bersama peluru senapang patah ditemui dalam sebuah kenderaan kemalangan. KEADAAN kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur arah barat berhampira­n Temerloh, semalam.
SEPUCUK pistol bersama peluru senapang patah ditemui dalam sebuah kenderaan kemalangan. KEADAAN kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur arah barat berhampira­n Temerloh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia