Harian Metro

MARA sedia peluang doktor buka U.n.i Klinik

-

Kuala Lumpur: “Program ini diadakan tepat pada masanya iaitu ketika saya sedang dalam perancanga­n membuka klinik sendiri,” kata Dr Asma’ Abdul Halim, 33, seorang daripada peserta Seminar Pembanguna­n Usahawan Profesiona­l (ProSPEC) 2018 yang diperkenal­kan buat julung kalinya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dr Asma’ yang berkhidmat dengan klinik swasta ketika ini berkata, beliau sememangny­a nekad membuka klinik sendiri dan sudah menyewa sebuah unit lot kedai di Cyberjaya.

“Saya memilih Cyberjaya kerana melihat kepada kepesatan pembanguna­n di kawasan ini. Hendak membuka klinik itu mudah, tetapi untuk mengekalka­n kelangsung­an klinik itu sesuatu yang mencabar.

“Dengan menyertai ProSPEC, MARA akan menyediaka­n bantuan keusahawan­an kepada peserta di bawah perniagaan berjenama

U.n.i Klinik.

“Berdasarka­n aturcara program, saya lihat banyak perkara penting akan diajar. Antaranya pengurusan klinik, prosedur membuka klinik serta panduan mendapatka­n lesen,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

ProSPEC turut menarik perhatian Dr Feroz Khan Kamal Hassan, 42, yang kini berkhidmat di Unit Kesihatan Awam, Hospital Klang dalam Unit Tibi.

“Sebagai pemegang biasiswa MARA, saya sangat menyokong usaha yang dilaksanak­an ini. Idea ini sangat baik dan sepatutnya diadakan sejak 10 tahun dulu

“Saya terfikir sampai bila hendak makan gaji dan saya minat untuk berniaga dengan membuka klinik sendiri. Saya melihat industri penjagaan kesihatan kini berkembang pesat,” katanya.

Graduan dari Crimea State Medical University, Ukraine ini berkata, menjadi usahawan dalam bidang perubatan tidak hanya membuka sebuah klinik, tetapi perlu berfikiran jauh seperti membuka perniagaan klinik secara francais pada masa akan datang.

ProSPEC diperkenal­kan MARA khusus untuk usahawan profesiona­l dalam bidang perubatan dan dilancarka­n oleh Ketua Pengarah MARA, Dato

Azhar Abdul Manaf, Sabtu lalu.

Ia memberi peluang kepada 40 doktor atau bakal usahawan profesiona­l untuk menjalani latihan keusahawan­an yang akan diadakan pada Julai dan November ini.

Peserta akan diberikan pendedahan dalam pengurusan perniagaan (P&P) di mana proses berkenaan berorienta­sikan produk, aplikasi dan operasi di dalam sesuatu industri dan seterusnya membangunk­an kompetensi berdasarka­n kehendak serta keperluan industri.

Bakal usahawan yang tamat program inkubator dan memenuhi syarat dengan jaya akan diberikan kemudahan pinjaman perniagaan profesiona­l dan kemudahan berkaitan bagi memastikan perniagaan mereka mampu bergerak dan akan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatk­an ekonomi tempatan dan mengkomers­ialkan konsep perniagaan itu.

Peserta yang dipilih berpeluang menerima pembiayaan daripada MARA sehingga RM300,000. MARA menyasarka­n 20 klinik di bawah jenama

U.n.i Klinik akan dibuka pada tahun ini.

FAKTA ProSPEC beri peluang

kepada 40 doktor atau bakal usahawan profesiona­l jalani

latihan keusahawan­an

 ??  ?? DR Feroz Khan dan Dr Asma’ antara peserta Seminar Pembanguna­n Usahawan Profesiona­l anjuran MARA.
DR Feroz Khan dan Dr Asma’ antara peserta Seminar Pembanguna­n Usahawan Profesiona­l anjuran MARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia