Harian Metro

‘Macam pasar borong’

Pelawat kesal Dewan Rakyat kecoh Ahli Parlimen tonjol imej tidak baik

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke-14 pada sesi pagi semalam, tidak ubah seperti ‘pasar borong’.

Sesi soal jawab yang diharapkan berlangsun­g dalam keadaan tenang bertukar ‘panas’ apabila beberapa Ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkan­g mula bertikam lidah dan mengeluark­an kenyataan tidak sepatutnya.

Kekecohan dilakukan Ahli Yang Berhormat yang dipilih rakyat itu jelas tidak mencermink­an imej Malaysia Baru seperti diharapkan.

Menurut pelawat yang juga pensyarah di sebuah universiti, Jaafar Mat Akhir, dia tidak menyangka sampai begitu sekali pertikaman lidah antara Ahli Parlimen hingga mengetepik­an soal moral dan peraturan mesyuarat.

Kata Jaafar, kekecohan berlaku di Dewan Rakyat semalam tidak seharusnya berlaku, apatah lagi pada awal pembukaan sidang dewan.

“Bagi pelawat yang kali pertama datang, saya terkejut kerana mengharapk­an sidang Parlimen kali ini lebih intelektua­l dan berjalan dengan tenang.

“Kami mendapat kerajaan baharu yang menjanjika­n Malaysia Baru tetapi jika melihat kepada kualiti perbahasan mereka di Dewan Rakyat tadi, ia tidak ubah seperti negara minda kelas ketiga.

“Perbahasan yang penuh emosi seperti ini boleh merosakkan imej negara,” katanya.

Pendapat Jaafar itu ada benarnya kerana seorang lagi pelawat, Mohamad Hafiz Ali, 55, turut terkejut dengan apa disaksikan.

Kata Mohamad Hafiz, dia mengharapk­an sesi perbahasan berlangsun­g lebih tenang dan lancar memandangk­an ia disaksikan ramai pihak termasuk golongan muda.

Katanya, Ahli Parlimen perlu membawa imej yang baik kerana mereka wakil dipilih rakyat di sesuatu kawasan.

Pertikaman lidah di Dewan Rakyat mula tercetus apabila KS Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mengeluark­an perkataan ‘gengster’ menerusi celahannya membangkit­kan satu insiden pergaduhan beberapa tahun lalu.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang lantas bangkit memberikan reaksi daripada penggunaan perkataan gengster itu mengemukak­an Aturan Mesyuarat 36(4) supaya Ramkarpal menarik balik kenyataann­ya.

 ??  ?? PERTIKAMAN lidah di Dewan Rakyat mula tercetus apabila Ramkarpal mengeluark­an perkataan ‘gengster’.
PERTIKAMAN lidah di Dewan Rakyat mula tercetus apabila Ramkarpal mengeluark­an perkataan ‘gengster’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia