Harian Metro

AJAKAN KE SYURGA

Ustaz Ebit dakwah di jalanan tarik lapan orang peluk Islam sejak Ramadan lalu

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

> Beralaskan tikar plastik dan berbumbung langit menjadi rutin Ustaz Ebit Lew menyantuni gelandanga­n, pondan dan kutu rayau di Lorong Tuanku Abdul Rahman mengajak mereka mendekati dan mendalami Islam. Berpegang prinsip sentiasa membantu orang susah, dia berjaya mengislamk­an lapan orang sejak Ramadan lalu dan bercita-cita menubuhkan pusat agama bagi golongan berkenaan, lapor Yusmizal Dolah Aling.

Saya nak kongsi indahnya

Islam

Ebit Lew

“Kakak, mari dekat ustaz. Ustaz nak cerita, kita semua adalah saudara tak kira agama apa. Kita semua hamba Allah SWT.”

Itu permulaan tazkirah pendakwah Ebit Lew yang menarik minat gelandanga­n di Lorong Tuanku Abdul Rahman 12, di sini, tengah malam kelmarin untuk mendengar perkongsia­n mengenai Islam.

Sejak beberapa tahun lalu, Ebit memang dikenali dengan konsep dakwah yang menyantuni mereka di jalanan, memberi pengisian mengenai kehidupan dan mengedarka­n pek makanan kepada golongan terbabit.

Setiap hari, dia memenuhi semua undangan untuk mengajak orang ramai mendekati agama dengan penuh kasih sayang termasuk gelandanga­n, pondan dan kutu rayau sebagai tanggungja­wab kepada Allah.

“Saya terfikir apa lagi yang perlu dibuat. Mereka juga perlu dibimbing walaupun hanya berada di jalanan. Mereka juga ada hak dan wajib disantuni.

“Saya selalu ingat dulu emak saya cakap keluarga kami pun susah dan diuji, tetapi ada orang sayang dan bantu kami.

“Sekarang saya pula hendak menggunaka­n apa yang saya ada untuk bantu orang. Setiap hari saya terfikir apa yang nak dibuat, tak kira bangsa dan agama. Saya nak kongsi indahnya Islam itu,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program dakwah jalanan, di sini, awal pagi semalam.

Bagaikan ditunjuk jalan, seorang gelandanga­n wanita yang tinggal di bawah jambatan memeluk Islam selepas mendengar tazkirah daripada Ebit.

Dia antara mereka yang sering didekati pendakwah berkenaan dalam siri program dakwah jalanan sebelum ini dan berminat untuk mendalami Islam sejak beberapa tahun lalu.

Sejak Ramadan lalu, seramai lapan orang diislamkan Ebit dan mereka diberi bimbingan termasuk daripada Cawangan Pengurusan Saudara Baru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dan pertubuhan bukan kerajaan serta ditempatka­n di Kompleks Darul Hidayah, di sini.

Ditanya mengenai konsep dakwahnya yang terbuka dan berisiko menerima ancaman keselamata­n, Ebit berkata, setakat ini sudah banyak tempat dikunjungi­nya untuk bersama masyarakat di jalanan dan dia tidak pernah diapa-apakan, malah dilayan dengan baik.

“Saya juga ada bawa bersama rakan, walaupun tempat terbuka begini, mereka dengar cakap, berbual dengan elok, insya-Allah takkan apa-apa,” katanya.

Ebit berkata, dia berhasrat menempatka­n semua gelandanga­n dan kumpulan sasar di satu pusat yang lebih selesa untuk mereka mendalami agama dengan baik.

“Itu harapan saya dan saya harap dapat buat lebih banyak. Semoga Allah ampunkan saya dan kita semua.

“Apa yang saya kongsikan ialah pengalaman hidup saya juga. Jadi saya mahu semua merasai kebahagiaa­n yang saya rasa ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? USTAZ Ebit mendekati gelandanga­n dengan mengadakan tazkirah agama dan sumbangan kepada mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
USTAZ Ebit mendekati gelandanga­n dengan mengadakan tazkirah agama dan sumbangan kepada mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia