Harian Metro

Siti Sarah terkena

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Ditinggal Shuib ketika rakam video ‘Keke Challenge’

Shuib yang juga pelawak popular akan bertindak sedemikian sekali gus menukar cabaran itu menjadi ‘Kiki Kena Tinggal’.

“Sejak semalam saya dan suami melihat ramai yang berkongsi video cabaran ini. Jadi, saya beritahu suami ingin melakukan perkara sama dan minta dia rakamkan.

“Jadi, ketika dalam perjalanan ke sesi fotografi pagi tadi (semalam) saya terus nak buat. Namun, tidak menjangka pula suami tinggalkan saya.

“Daripada ‘Keke Challange’ bertukar jadi ‘Kiki Kena Tinggal’,” katanya kepada Harian Metro.

Apa yang menarik, video itu mendapat lebih 600,000 tontonan dan 11,000 komen selepas tiga jam ia dimuat naik.

Ia sekali gus menjadikan video ‘Kiki Kena Tinggal’ Sarah itu paling ramai ditonton dan dikongsi dalam kalangan artis tempatan.

“Mungkin mereka terhibur apabila ‘Kiki Kena Tinggal’. Walaupun perkara ini bukan budaya kita, tetapi apa yang berlaku pada saya menjadikan ia dekat dengan kita.

“Sebenarnya saya pun tidak sangka banyak yang komen, tengok dan kongsi. Paling mengejutka­n apabila penyanyi Krisdayant­i pun komen. Saya sangat gembira,” katanya.

Selain penyanyi Indonesia itu, antara artis lain yang memuji video Sarah ialah Azharina, Janna Nick, Siti Nordiana, Datin Seri Umie Aida, Fasha Sandha, Maya Matahari, Nabila Huda, Noryn Aziz dan ramai lagi.

 ??  ?? Keratan video ‘Kiki kena tinggal’ menunjukka­n Siti Sarah ditinggalk­an Shuib selepas cuba melakukan ‘Keke Challenge’.
Keratan video ‘Kiki kena tinggal’ menunjukka­n Siti Sarah ditinggalk­an Shuib selepas cuba melakukan ‘Keke Challenge’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia