Harian Metro

Pesakit temui ajal lepas 2 jam ambulans kemalangan

-

Alor Setar: Pesakit berusia 65 tahun yang terbabit dalam kemalangan sejurus ambulans dinaikinya terbabas di Kilometer 81.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang kelmarin, meninggal dua jam selepas kejadian.

Dalam kejadian jam 6.25 petang itu, enam cedera apabila ambulans dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Alor Setar terbabas akibat tayar pecah berdekatan kawasan Gurun.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata, pesakit terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 8.40 malam.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan semalam untuk mengenal pasti punca kematianny­a, manakala mangsa lain yang turut cedera kini berada dalam keadaan stabil.

“Ketika kejadian, ambulans itu dalam perjalanan menghantar seorang pesakit yang menghidap penyakit jangkitan serius bagi mendapatka­n rawatan subkepakar­an di HSB.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berwajib, namun maklumat awal mendapati ia kemungkina­n berkaitan tayar ambulans yang meletup menyebabka­nnya terbabas di tepi lebuh raya,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Dr Norhizan berkata, selain siasatan pihak polis, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan insiden itu termasuk menyemak aspek berkaitan ambulans terbabit.

“Mangsa terdiri pemandu ambulans, dan lima penumpang membabitka­n seorang pegawai perubatan, jururawat terlatih, pesakit, pembantu perawat kesihatan dan waris pesakit,” katanya.

Dua parah manakala seorang lagi mangsa maut apabila dua kereta bertembung di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat persimpang­an pusat tahfiz Darul Atiq, di sini.

Kejadian jam 8 pagi semalam itu membabitka­n kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Hairudin Maaruf, 63, bersama penumpang wanita, Darwilis Abdul Malik, 55.

Kereta mereka dikatakan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja dipandu T Steephanra­j, 21.

Difahamkan, kereta Proton Waja itu dalam perjalanan dari arah Kuala Kubu Bharu menghala ke Rasa manakala kereta Perodua Kancil dari arah bertentang­an.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kireethara­n berkata, seramai 13 anggota bersama jentera dan ambulans bomba (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan jam 8.21 pagi.

“Ada tiga mangsa dewasa dan dua daripadany­a (pasangan suami isteri) tersepit di dalam kenderaan Perodua Kancil.

“Anggota bomba bertugas mengambil masa lebih 20 minit untuk membawa keluar mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB),” katanya.

Katanya, pemandu Proton Waja yang cedera di muka turut dibawa ke HKKB untuk menerima rawatan.

Difahamkan Darwilis bagaimanap­un meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

 ??  ?? DUA kereta bertembung di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat persimpang­an pusat tahfiz Darul Atiq.
DUA kereta bertembung di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat persimpang­an pusat tahfiz Darul Atiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia