Harian Metro

Lima hari bertarung nyawa

-

Kuala Lumpur: Selepas bertarung nyawa hampir lima hari, kanak-kanak malang yang cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitka­n treler dan enam kenderaan lain di Kilometer 445, Lebuhraya PLUS Sabtu lalu, akhirnya menghembus­kan nafas akhir semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa, Ezzudin Noorakihir­ludin Alam, 10, disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 pagi semalam.

“Doktor yang merawatnya memaklumka­n otak mangsa tidak berfungsi dan disahkan meninggal dunia. Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluargany­a,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Fakhruddin Mohd Idrus, 27, berkata, jenazah Ezzudin dibawa ke kampung halaman bapanya, Noorakhirl­udin Alam Mohamad Noor, 48, yang turut maut dalam kemalangan itu di Kampung Sama Gajah, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk dikebumika­n.

“Jenazah Ezzudin dimandikan dan disembahya­ngkan di surau Hospital Sungai Buloh sebelum dibawa balik ke Permatang Pauh,” katanya.

Ezzudin antara lima yang maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu membabitka­n sebuah treler tanpa muatan dengan kereta Perodua Myvi, kereta Nissan Almera, MPV Perodua Alza, MPV Toyota Vellfire, kereta BMW dan bas ekspres.

Mereka yang maut adalah pemandu MPV Toyota Vellfire, pemandu MPV Alza dan dua penumpang kenderaann­ya iaitu Noorakhirl­udin Alam, Nur Fitrah Rosman, 24, Nurbaya Mohd Zaki, 24 dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, 24. Semua disahkan maut di lokasi kejadian.

Difahamkan kemalangan berlaku apabila treler berkenaan yang menghala ke utara merempuh kereta Perodua Myvi dan melanggar kereta Nissan Almera.

Akibat pelanggara­n itu, treler terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an dan melanggar sebuah bas ekspres.

MPV Perodua Alza, MPV Toyota Vellfire dan kereta BMW yang berada di laluan dari arah utara menghala ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak lalu melanggar treler berkenaan.

 ??  ?? EZZUDIN
EZZUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia