Harian Metro

‘CHONG WEI BERBEZA’

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Buat tahun kedua berturut-turut, Brice Leverdez akan berdepan jaguh nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei di pusingan pertama Kejohanan Dunia dan pemain Perancis itu bersedia mengulangi apa yang berlaku di Glasgow, tahun lalu.

Berdasarka­n rekod pertemuan kedua-dua pemain, Chong Wei memiliki kelebihan selepas memenangi lapan daripada 10 aksi berdepan Leverdez, namun dalam edisi terakhir di Glasgow, Scotland menyaksika­n pemain Perancis itu mencatat kemenangan terbesar dalam kariernya ke atas jaguh negara itu.

Bagaimanap­un, Leverdez enggan terus dibuai kejayaan lalu dan menyifatka­n dia perlu berwaspada dengan ancaman Chong Wei yang dilihat berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi saingan di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos ini.

“Saya akan membawa permainan kelas A saya sekali lagi, tetapi tahun ini amat berbeza buat saya dan Chong Wei. Dia kelihatan begitu cergas dalam beberapa kejohanan terakhir.

“Jadi, saya sedar sekiranya saya mahu memenangi aksi berkenaan saya perlu berada pada tahap terbaik. Saya percaya ia akan menjadi pertembung­an menarik apatah lagi dengan misinya untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu,” kata Leverdez.

Ketika di Glasgow, Chong Wei ditunjukka­n jalan keluar seawal pusingan pertama apabila tumpas 21-19, 22-24 dan 21-17 kepada Leverdez.

Kekalahan di Emirates Arena, Glasgow itu ternyata meninggalk­an kesan mendalam terhadapny­a yang selepas itu terumbang-ambing sebelum perlahan-lahan kembali menemui sentuhan termasuk memenangi gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, baru-baru ini.

Sekiranya berjaya mengatasi Leverdez, pemain yang dijangka menanti jaguh nombor dua dunia dari Malaysia itu di pusingan kedua adalah pemain Taiwan, Wang Tzu Wei dengan cabaran sebenar buat naib juara dunia tiga kali itu dijangka hadir di separuh akhir dengan bintang Jepun, Kento Momota diramal menjadi lawannya.

 Leverdez sedia pamer aksi kelas A, tetap waspada ancaman jaguh badminton negara

 ?? Brice Leverdez ?? Saya sedar sekiranya saya mahu memenangi aksi berkenaan saya perlu berada pada tahap terbaik. Saya percaya ia akan menjadi pertembung­an menarik apatah lagi dengan misinya untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu”
Brice Leverdez Saya sedar sekiranya saya mahu memenangi aksi berkenaan saya perlu berada pada tahap terbaik. Saya percaya ia akan menjadi pertembung­an menarik apatah lagi dengan misinya untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia