Harian Metro

AUSTRALIA SEKAT EKSPORT KAMBING, BIRI-BIRI

- Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my

Australia gantung penghantar­an kambing, biri-biri ke Malaysia menjelang Aidiladha

Kerajaan Australia menggantun­g eksport ternakan kambing dan biri-biri ke Malaysia selama enam minggu ketika umat Islam di negara ini membuat persediaan menyambut Aidiladha.

Dalam satu notis yang dimuat naik di laman web Jabatan Pertanian dan Sumber Air negara itu, tarikh penggantun­gan semua aktiviti eksport yang ditetapkan adalah dari 7 Julai lalu sehingga 25 Ogos ini.

Pengarah Cawangan Pengekspor­tan Haiwan Hidup, Bahagian Pengekspor­tan jabatan berkenaan, Erin Payne dalam notis bertarikh 3 Julai lalu berkata, eksport ternakan terbabit disambung semula seperti biasa bermula 26 Ogos depan.

“Selepas Aidiladha tahun lalu, jabatan ini menerima banyak laporan mengenai tahap kebajikan haiwan yang rendah selain ternakan yang dieksport ke Malaysia tidak dapat dikawal dan dikesan.

“Majlis Pengekspor­t Ternakan Australia (ALEC) memaklumka­n ahlinya bersetuju tidak mengekspor­t biri-biri dan kambing ke Malaysia menjelang Aidiladha kali ini berikutan kebimbanga­n Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengekspor­t (ESCAS) tidak dipatuhi.

“Penggantun­gan itu ditetapkan selepas jabatan mempertimb­angkan maklumat diterima termasuk risiko peningkata­n ketidakpat­uhan ketika aktiviti korban, kekurangan maklum balas daripada pengekspor­t susulan pelanggara­n ESCAS tahun lalu dan bukti sistem kawalan pengekspor­t dan pengesanan ternakan kurang berkesan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Negeri Sembilan, Dr Zul Edham Wagiman berkata, pihaknya dimaklumka­n oleh ibu pejabat selain kambing dan biri-biri, pengekspor­tan lembu ke Malaysia turut dibekukan Australia.

“Ibu pejabat sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk menampung permintaan sepanjang tempoh itu termasuk memberi kebenaran pembekal tempatan mengimport lebih banyak lembu, kambing dan biri-biri dari negara sumber lain terutama Thailand.

“Beberapa kelonggara­n turut diberi untuk membawa masuk ternakan bagi tujuan sembelihan itu, termasuk mengecuali­kan ujian saringan darah dan suntikan vaksin yang diwajibkan jika haiwan itu untuk dibela atau dijadikan baka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Zul Edham
DR Zul Edham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia