Harian Metro

LOKMAN NOOR ADAM CALON BN

- Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@nstp.com.my

Calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menafikan beliau melobi diri sendiri menjadi calon.

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun itu berkata, namanya dicadangka­n rakan sebelum diajukan kepada pihak kepemimpin­an.

“Bukan mudah saya menerima tanggungja­wab ini kerana saya mempunyai sekolah sendiri.

“Namun atas beberapa kepentinga­n (parti), saya bersetuju untuk diletakkan sebagai calon parti.

“Berkenaan isu kain rentang menyokong diri saya sebagai calon, saya tidak tahu ia dilakukan pihak mana,” katanya ketika ditemui pada Program Menyantuni dan Menyemarak­kan Inisiatif Peduli Rakyat di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hadir merasmikan program berkenaan.

Mengulas lanjut berkenaan PRK Sungai Kandis, 4 Ogos nanti, Mohd Zawawi yakin mampu meraih lebih undi berbanding undian yang diperoleh PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Katanya, dengan pertanding­an satu lawan satu, PKR mempunyai kelebihan untuk memenangi 7,000 undian sebelum ini diterima PAS.

“Kempen menjurus kepada program dibuat kerajaan Selangor kerana ramai penduduk tidak tahu mengenai manfaat dan bantuan yang ditawarkan,” katanya.

Mohd Zawawi, 48, yang berkelulus­an Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005, sudah terbabit dengan politik sejak zaman reformasi.

Beliau yang bergerak sebagai penceramah dalam kempen dan program kesedaran, membawa pelbagai isu antaranya membabitka­n Islam dan Melayu, keadilan untuk semua, penyelewen­gan dan rasuah.

Beliau menjadi ahli PKR secara rasmi pada 2012 selain terbabit dengan siri program ceramah dan latihan ahli serta pemimpin PKR di Cabang Kota Raja serta Ranting Jalan Kebun.

Bukan mudah saya menerima tanggungja­wab ini kerana saya ada sekolah sendiri Mohd Zawawi

 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood (dua dari kanan) melihat simulasi proses penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam.
TIMBALAN Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood (dua dari kanan) melihat simulasi proses penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam.
 ??  ?? PETUGAS SPR melakukan persiapan di dewan.
PETUGAS SPR melakukan persiapan di dewan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia