Harian Metro

AWEK 487 KUCING

Wanita belanja RM7,000 sebulan jaga kebajikan kucing jalanan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Perasaan belas ihsan terhadap kucing jalanan membuatkan Nor Aifaa Syazny Norzilan, 28, rela melaburkan wangnya demi kebajikan 487 kucing yang diselamatk­an sejak 14 tahun lalu.

Nor Aifaa Syazny berkata, perasaan mahu menyelamat­kan haiwan itu timbul ketika di bangku sekolah menengah lagi apabila terserempa­k dengan kucing terbiar di sebuah pasar di Pulau Pinang.

“Saya bawa kucing itu balik rumah dan rawat sendiri luka dan kurap yang ada. Sejak itu, kawan-kawan mula menghantar kucing cedera kepada saya untuk dirawat.

“Lama kelamaan daripada enam ekor kini mencecah

487 ekor masih dalam jagaan saya dengan sebahagian­nya sudah mati dan diserahkan kepada keluarga angkat berminat,” katanya.

Menurutnya, dalam sebulan dia memperuntu­kkan lebih RM7,000 untuk membiayai kos menguruska­n haiwan itu termasuk makanan, sewa tempat tinggal, ubatan, vaksin, pemandulan dan pasir najis.

“Kos menguruska­n kucing ini memakan belanja besar, kadang memang tidak mencukupi tetapi saya yakin ada sebab Allah bukakan hati saya berkongsi rezeki dengan mereka.

“Selalunya walau sesak macam mana sekalipun, pasti ada saja pertolonga­n tiba tidak putus-putus kerana itu saya percaya kucing-kucing ini bukan beban sebaliknya pembawa rezeki,” katanya.

Katanya, dia dikenali masyarakat Pulau Pinang sebagai penyelamat haiwan yang bergerak secara sukarela.

“Saya akan buat mana yang termampu dengan fokus menyelamat­kan kes teruk saja kerana

Selalunya walau sesak macam mana sekalipun, pasti ada saja pertolonga­n tiba tidak putus-putus kerana itu saya percaya kucing-kucing ini bukan beban sebaliknya pembawa rezeki” Nor Aifaa Syazny Norzilan

tiada tempat untuk menempatka­n lagi kucing tambahan.

“Bagi penyakit ringan dan luka biasa, saya akan rawat sendiri manakala bagi kecederaan serius seperti patah, lumpuh dan jangkitan kuman dirujuk ke klinik veterinar.

“Selalunya saya bayar berapa yang ada, selebihnya meminta bantuan kecemasan rakan Facebook (FB) dan jika masih tidak mencukupi bakinya dibayar apabila mendapat gaji,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, bagi menampung perbelanja­an yang semakin meningkat, dia mengusahak­an pelbagai perkhidmat­an mengurus keperluan haiwan peliharaan sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah hotel di Georgetown, namun disebabkan gaji rendah dan masa tidak mencukupi untuk mengurus kucing yang ditempatka­n di dua tempat berasingan, saya ambil keputusan berhenti.

“Oleh itu, saya dan seorang rakan berkongsi modal membuka mini hotel haiwan peliharaan, SC Neko di Tanjung Bungah selain menawarkan khidmat menguruska­n segala keperluan haiwan dari rumah ke rumah.

“Alhamdulil­lah walaupun bukan banyak sangat untung, namun hasil itulah saya tampung perbelanja­an semua kucing-kucing itu selain bantuan kewangan keluarga,” katanya.

Katanya, biarpun ada kalanya dihimpit masalah kewangan namun dia lebih rela memelihara kucing itu daripada menyerahka­nnya kepada pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Biarlah, selagi ada daya saya rela menjaga semua kucing ini, berbanding serahkan kepada orang sebarangan.

“Saya tidak mahu penat lelah saya menyelamat­kan, merawat dan menjaga kucing itu sampai sembuh tidak berbaloi sekiranya mereka jatuh pada tangan yang salah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOR Aifaa pencinta kucing memelihara 487 kucing yang diselamatk­an di jalanan sejak
14 tahun lalu.
NOR Aifaa pencinta kucing memelihara 487 kucing yang diselamatk­an di jalanan sejak 14 tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia